Wednesday, 28 November 2012

Luahan Perasaan Hari ini

Apa yang menarik hari ini? Rasanya tiadalah yang special sangat, Cuma happy pasal anak kedua saya sudah mencecah umur 11 bulan, 1 month to go and dia 1 tahun dah. Tak sedar masa berlalu begitu pantas, macam baru saja kemarin saya mengandung dia sekarang dah 11 bulan.

Ok, selain dari saya sibuk berkerja setiap hari, saya adalah peminat setia craft & kaki membaca novel. Jadual saya padat dengan hobi2 ini setiap hari selain menjaga anak2 saya. Kadang-kadang masa untuk diri sendiri pun tiada.hmmm……

Bercakap pasal craft ni, saya nak share lah sikit-sikit minat saya yang rasanya makin buat saya ketagih sekarang ini. Dia dipanggil “quiling”…arts yang 100% menggunakan kertas sebagai bahannya. Saya sudah siap beberapa design tapi tak cukup power hasilnya…kekekehhh…..masih banyak lagi yang perlu diperbaiki rasanya. Mungkin one fine day, bila saya sudah cukup terror saya story morry sama you orang ya. But for now kita keep in secret dululah…cehhhh…..

Membaca ni memang kot minat saya dari dulu…so tidak hairanlah kalau saya memang kaki novel membaca siang dan malam…apatah lagi sekarang suda ada e-novel, so tak payah beli pun boleh baca macam2. Dari cerita hantu ke cerita lawak dan yang paling disukai ramai cerita cintan-cintun. Well…saya ni bak kata “Mr.Hubby” bukanlah orang yg romantis giller…but when you often read love story, otak pun boleh jadi jiwang2 yang tahap boleh tahan jugalah…that’s why terhasil lah idea2 menulis puisi yg tak tau betul formatnya kah tidak…main sumbat jer ayat , and hopefully saya tidak merosakkan bahasa kebanggaan kita la yerr…

Pesanan penaja dari saya untuk mereka yang terjumpa blog ni atau terbaca post ni, Kalau kita minat dalam sesuatu bidang seperti penulisan, musik, perniagaan , craft atau apa saja yang sama waktu dengannya, jangan berputus asa. Lakukan untuk kepuasan diri kita sendiri bukan untuk orang lain. Kalau pun nanti banyak kekurangannnya ataupun in case gagal, kita tetap akan berbangga dengan hasil kerja kita sebab ianya lahir dari usaha gigih kita sendiri.

Wednesday, 21 November 2012

Kau Pergi Dariku

Kasih,
Kenangan itu tidak pernah pudar dari ingatanku
Saat engkau datang mengetuk pintu hatiku
Saat engkau menghulurkan cintamu
Bersama janji – janji mu
Bahawa akulah kekasih idamanmu
Dan tidak akan dipersiakan olehmu

Kasih,
Ku sambut cintamu dengan bahagia
Walau sedikit hati bertanya
Kenapa aku yang dipilihmu
Sedangkan disana, ramai yang menunggu
Tapi ku padamkan prasangka itu
Kerana aku jua mencintaimu

Kasih
Menyulam kasih bersamamu
Memberiku senyuman baru,
Engkau memberiku seribu rindu
Kala aku jatuh,kau datang manyambutku
Dikala aku sedih,kau berada disisiku
Memberi harapan  untuk terus melangkah bersamamu

Kasih,
Sekian lama menyulam cinta
Aku terkedu dengan perubahanmu
Senyap dari kata-katammu
Lenyap dari pandanganku
Dimana dirimu yang dulu begitu memujaku
Tiba-tiba kurasa engkau begitu jauh
Tarlalu sukar digapai olehku

Kasih,
Tanggal keramat itu tidak pernah ku lupakan
Bila segala rahsiamu terbongkar satu persatu
Engkau yang berada jauh dariku
Mencari cinta yang lain, dikala aku begitu mengharapkanmu
Dikala aku begitu mendambakan mu
Kau berikan aku hadiah yang begitu memilukan
Kenyataan yang begitu menghiris hatiku

Kasih,
Jadi dimana tempatku dihatimu
Setelah begitu banyak pengorbanan ku
Pesan keluarga ku abaikan
Nasihat kawan taulan ku tinggalkan
Dan sekarang katamu, aku bukan sesiapa bagimu?

Kasih,
Kata perpisahan yang kau hulurkan
Ku terima dengan seribu pilu
Walau hatiku menangis
Kulepaskan dirimu pergi
Pergilah tanpa menolehku
Biarlah aku sendiri mengutip kembali sisa kenangan kita
Semoga sinar bahagia menjelma untukku…


*Pssttt..hmm nampaknya saya buat puisi cinta lagi ni.....puisi ini ditulis based on pengalaman seorang kawan, dia request untuk puisi yang sebegini, jadi saya dengan baik hati (cehhh...:) ) tulis puisi ini untuk dia sebagai ubat kekecewaannya...aduss  sedih sungguh kisah cinta begini ya...but what to do, Kita cuma merancang kannnn.....Enjoy my Puisi yg tak seberapa ini and klu rajin tinggalkan komen ya! *

Pengalaman Mengandung Anak Pertama


Kami berkahwin pada 25.10.2008 di Gereja St Theresa Kota Marudu dan  kemudian Babad Reception dikampung hubby saya di Kg. Biau Papar. Setelah bertunang selama 2 tahun maka hari bersejarah itu berlangsung juga…chewah!!

Oleh kerana saya berkerja di KK, jadi kami keputusan untuk tinggal dirumah mentua saya di Papar. Selepas berkahwin, rasanya semua yang bergelar isteri ini tentunya menginginkan zuriat tidak juga terkecuali saya. Hari demi hari saya berdebar menunggu mana tau tiba2 terpening ker, atau loya2 atau tiba2 rasa mengidam tapi tak derr pun. My mum pula tidak habis2 telefon bertanya sama ada sudah ada tanda-tanda pregnant ker atau macamana. Huhu….

8 bulan saya menunggu, setiap bulan beli pregnancy test tapi resultnya asyik negative jerrr,.haishhh stress betul masa itu, takut jg klu ada masalah kan…tapi “En suamiku” mmg lah sabar orangnya…Dia relaks jerr, katanya, tak perlulah gelabah sgt, kita kan baru jer kahwin, ada org yg kahwin bertahun-tahun pun belum dapat anak lagi…apalagi yg kita ni baru 8 bulan kahwin. Hmm…betul lah tu…tapi masalahnya saya ni yg tak boleh tunggu…hehe…

1 Minggu sebelum birthday saya yg ke -26, saya check calendar and “ehhhh saya belum period lg” Hati dah berbunga-bunga masa itu, klu boleh masa itu juga nak beli pregnancy test tapi “Mr Hubby” cakap sabar dlu, tunggu dlm satu minggu ni. Ok! Saya pun tunggu  jer lah. Pagi 02.09.2009 saya dah berdebar-debar, dengan pregnancy dlm tangan saya gagahkan diri pergi ke tandas dan buat ujian….sesaat, dua saat,  keluar satu garis, then tiba2 keluar lagi satu garisan. Wahhh!! Hati saya masa itu tidak terkira gembira, saya berlari ke bilik dan tunjuk result tu dgn hubby saya. My hubby pun senyum lebar, rasa bahagia sangat masa itu. Itulah hadiah Birthday yg paling berharga bagi saya.

Sepanjang tempoh mengandung saya sangat bersyukur sbb tidak mengalami alahan yg teruk, sampaikan mentua saya tidak percaya saya sedang mengandung masa itu. Cuma ada loya-loya  dalam awal bulan pertama saja. Lepas tu tak der langsung Cuma selera makan yang makin menjadi-jadi, asyik nak makan saja mcm tidak reti nak kenyang .

Ketika mendaftar diklinik Biau, masalah pertama yang saya hadapi adalah kurang darah. Bacaannya Cuma 8.8 saja. Huhu…. rendah sgt, kata nurse tu bacaan normal adalah 10.0, di bawah 10.0, maksudnya saya harus ke Hospital untuk check darah setiap bulan sama ada terdpt peningkatan ataupun sebaliknya. Saya dibekalkan ubat tambah darah, setiap bulan…Syukur juga saya bukan jenis org yg liat mkn ubat.

Akhirnya ketika kandungan saya 5 bulan, bacaan darah pun suda 10.0 ke atas, jd tak perlu dah berulang alik ke hospital. Hanya dipantau oleh Nurse  setiap kali ada  appointment klinik.

Rasanya setiap ibu yg mengandung pula tidak terlepas dengan rasa mengidam. Ketika mengandung anak pertama saya masa itu, makanan pertama yang saya rasa nak makan adalah labu kuning yang harus digoreng. Jadinya My Hubby bawalah pergi bazaar masa itu kebetulan bulan puasa tapi yang ada dijual disana hanyalah labu kuning yg dimasak sup berserta santan. Huuu….kecewa sungguh saya masa itu, nasib lah juga mentua saya baik hati pergi pasar cari labu kuning dan masak untuk saya seperti yang saya mau….

Lepas tu saya mengidam mee hun sup ayam dan macam2 lagi. Saya pun tak berapa nak ingat dah…. Banyak betul yang saya nak makan, actually yg lain tu bukan lah saya mengidam sgt pun, cuma nafsu makan jerr…tak boleh nak control…heee…time mengandung nilah masa untuk memanjakan diri dgn makanan.Tapi jangan lah over sgt yerrr..nnt susah nak turunkan balik berat badan.

Secara peribadi bagi saya, masa mengandung adalah masa yg sangat2 membahagiakan. Apabila kita sedar ada nyawa yang sedang membesar dalam perut kita, kecekalan makin bertambah, kematangan diri semakin terasa, kebahagiaan juga melimpah-limpah. Nasihat saya pada mereka yang belum memperolehi zuriat, bersabar lah… mungkin rezeki yang Tuhan berikan itu belum sampai kepada kita…Kepada yang sedang mengandung, just enjoy the amazing feeling during this time…we are so lucky that God had given us the opportunity to feel the most joyful things in the world by bearing a child. Thank you God!!

Thursday Working

Hola! Hola! I'm been busy this few days, still busy actually......tapi sempat menyusup
masuk kat blog ni heee....rindu banget ni...hari2 keja pun macam tak derr kemajuan ...pagi datang keja, petang habis keja dan begitulah setiap hari. Malam pula sibuk melayan kerenah anak2. Bukanlah nak merungut ke aper tapi yalah life change...klu dulu bujang2 apa pun yg kita nak buat orite saja, tapi dah ada anak2 ni, kena ambil kisah juga banyak benda...

Cerita pasal keja ni nvr end....same goes to our life rite? So hopefully kita enjoy dengan life kita bcos we only live once....so hadapi dgn tenang2 saja, jadinya kita gembira dan bahagia. Oh ya xmas tidak lama lagilah lah, i need to prepare present for my family..apa agaknya nak beli utk hadiah ya, binggung gue jadinya.....

Well, all the merapu thing....just wanna say, have a good day to me and to you....Happy working!!

Thursday, 8 November 2012

Puisi - Cinta Kita


Terkenang ku kisah lalu
Saat cinta bersemi, saat semarak rindu membalutiku
Terasa indah bagai didakap hembusan bayu
Seolah hanya kau dan aku
Dalam dunia cinta, tersenyum begitu bahagia
Tiada yang dapat mengerti
Hanya melihat benih cinta bercambah
Sedang kita berada dialam cinta penuh rindu
Seolah tiada yang dapat memisahkan
Cinta yang terlahir dari hati nurani
Diikat teguh dengan janji - janjii

Saat cinta bersemi
Selaut kasih tercurah, seindah pelangi dirasa
Berdua menyulam kasih bersama
Begitu teguh cinta dipahat
Begitu indah cinta dilakar
Tidak terhalang nan ganasnya lautan
Tidak terbatas dek teriknya mentari
Tetap bersama walau badai melanda
Mengukir angan indah bersama
Diatas kanvas cinta kita

Walau cinta kadang menyakitkan
Walau rindu kadang menyesakkan fikiran
Dan  cemburu juga mulai menyapa
Tapi keindahan cinta tidak terlukiskan
Tidak mampu diterjemah melalui kamus bahasa
Betapa manisnya asmara cinta yang melanda
Itulah cinta kita
Memori indah, ku simpan selamanya
Sehingga maut memisahkan kita


*Hehehe....rasa-rasanya saya ni ada bakat tak??? ngeeee.....angan-angan dulu jap yerrr.....rasa macam nak terguling-guling ja kan  baca ni, dramatik sungguh! Idea untuk tulis puisi ni muncul bila saya tengah syok dengar lagu jiwang, hati pun jadi jiwang, maka terhasillah puisi yg super jiwang ini...Keh..keh..kehh*

Buka Blog Baru

Ini adalah blog saya yang ketiga, actually tak nak buka dah new blog tapi memandang blog yang lama ada siiikit masalah, terpaksa la create new blog untuk sesi luahan perasaan hahaha....dah biasa ada blog ni, susah pula kalau tak ada. Apatah lagi skrg ni, idea untuk menulis semakin mencurah-curah.....

Blog ini saya buat untuk berkongsi luahan perasaan, tidak kira dari segi pengalaman hidup, mungkin juga hal-hal yang berlaku dalam kehidupan saya seharian dan mungkin juga benda yang "jiwang-jiwang" ngeeee.....

Apapun Lets enjoy our life......and Nice to meet ya!!!!!! smile :) smile :)