Hello Malaysia!
Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi cerita tentang kes kehilangan pesawat MAS MH370 yang heboh diperkatakan bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga diluar negara.
Kita semua masih tertanya-tanya tentang sebab kehilangan pesawat tersebut dan kenapa ia hilang dari radar tetapi tidak ada sebarang petanda kecemasan dari pengendali pesawat tersebut.
Sebagai informasi untuk kita semua:-
Nama Pesawat : MAS MH370
Masa Berlepas : Jam 12.41 am
Tarikh : Pagi Ahad ( 09.03.2014)
Hilang dari Radar : Jam 2.40 Pagi
Penumpang : 227 penumpang dan 12 crew member (Ada dua orang bayi)
Kapten Yg Bertugas : Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, bersama pegawai kanan, Fariq Ab. Hamid, 27.
Seperti yang kita semua maklum, sehingga saya menulis artikel ini (11.03.14-Jam 10.05 am) belum ada sebarang penemuan dari mana-mana pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat MH370.
Banyak spekulasi yang terbang sana sini tentang isu kehilangan pesawat ini. Saya personally, risau dengan spekulasi ini kerana takut akan menambah beban dalam hati keluarga mereka yang ada dalam pesawat itu.
Apa yang boleh kita lakukan adalah berdoa semoga semuanya dalam keadaan yang baik, dan kita turut mengharapkan pihak keluarga mereka tidak berputus harap dan tabah walau apapun keadaan.
Yang paling memilukan hati saya adalah kerana dalam pesawat MH370 itu ada dua orang bayi dan kalau tidak silap saya 5 orang kanak-kanak. Saya tidak dapat membayangkan betapa cemasnya hati seorang ibu apabila berada dalam situasi yang kritikal bersama dengan seorang anak yang masih kecil.
Saya bukanlah tidak bersimpati kepada penumpang yang lain, cuma sebagai seorang ibu saya dapat merasakan keresahan hati ibu yang lain apabila berada dalam situasi yang genting begitu. Kalau orang yang travel atau berjalan seorang diri dan tiba-tiba ada masalah yang berlaku, dia cuma perlu risaukan dirinya sendiri sahaja.
Tetapi....
Situasi berlainan apabila ada kanak-kanak yang turut bersama kita ketika itu. Parents biasanya akan lebih mengutamakan keselamatan anak daripada dirinya sendiri. Kalau anda seorang yang bergelar ibu atau bapa, mungkin anda memahami apa yang saya cuba sampaikan disini.
Apapun keadaanya, saya sangat-sangat berharap kesemua penumpang MH370 berserta member krew selamat. Saya tidak dapat membayangkan sebarang kemungkinan yang berlaku kepada mereka....Lets Just Pray for them.Nasihat saya berhati-hati bila menyatakan pendapat terutamanya dilaman sosial tentang kes ini kerana kita tidak mahu menyakiti atau menambah beban dalam hati keluarga mereka yang terlibat.
The only thing we can do is pray, pray and pray! Don't lose our hope!
