Hai semua...salam 1Malaysia!
Mulakan hari kita dengan senyuman dan seluruh dunia akan tersenyum kepada kita...hehe hari ni saya nak kongsi bagaimana kita ni sbagai manusia biasa yang tidak lari dari banyak kesilapan sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
Saya secara peribadi bukanlah golongan yang 'baik-baik'. Memang ada cacat cela tidak kira dari cara pertuturan, cara berfikir dan juga cara bergaul dengan kawan-kawan. Saya mengetahui kekurangan saya sendiri dan saya berusaha untuk menjadi lebih baik.
Bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya bila kita sudah biasa dengan cara kita yang lama tapi apa salahnya kita berubah sedikit demi sedikit bukan?
Bagaimana untuk berubah?
Pertama sekali kita kena tahu apa kelemahan dan kekurangan kita atau apa sikap buruk kita.
Saya ni seorang yang kalau orang tidak rapat dengan saya, saya kelihatan sombong, tapi bila orang tu dah rapat dengan saya, dorang akan tahu yang saya ni suka bercakap, bercerita dan ada masanya 'menganyam ketupat'.
Bercerita tentang kelemahan sesorang kadang-kadang boleh jadi benda yang bagus atau tidak. Inilah sebenarnya yang saya cuba elakkan. Saya cuba untuk tidak bercakap tentang kekurangan seseorang atau kelemahan mereka. Tapi ada masanya apa yang dielakkan tu, itulah juga yang susah nak buang. Saya seorang yang suka menganalisa personaliti orang. Jadi bila bercakap kadang-kadang benda ni tidak lepas dari jadi topik utama perbualan. Saya sedar ini tidak bagus sebab bila kita memperkatakan tentang orang lain kita turut mendedahkan kelemahan kita sendiri. Jadi 'ELAKKAN BERCAKAP TENTANG KELEMAHAN ORANG LAIN'!
Peringatan untuk saya dan sesiapa sahaja.
Kedua, saya adakalanya tidak sensitif dengan perasaan orang. Kalau saya nak cakap benda tu, direct saja tiada tapis-tapis lagi (adakalanya). Ini pun kena buang juga ni nanti susah pula nak dapat kawan.
Ketiga, saya sangat suka 'berceramah'. Kadang-kadang tentang kesihatan, kecantikkan, motivasi dan entah apa2 lagilah. Saya cuba berkongsi Ilmu dengan kawan tapi ada kawan yang tidak suka kita ni membebel-bebel. Jadi ini kena kurangkan juga. Kena amalkan 'banyakkan mendengar dari bercakap'. Senang ker nak buat begini eh? Saya rasa macam susah sangat cos saya ni kalau bercakap susah betul nak tarik hand break...hurmm...kena cuba lah kan....
keempat, saya cuba untuk ubah cara berfikir..Cuba berfikir dengan lebih terbuka..lebih matang..lebih positif.. Hidup kita ni memang banyak cabaran tapi kita kena harunginya dengan lebih tabah. Bersyukur itu sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita. Cuba lihat orang lain yang hidupnya lebih susah dari kita. Automatik kita akan rasa sangat bersyukur kerana kita dilahirkan sempurna, ada kerja biarpun gaji tak seberapa or hidup gembira biarpun tidak kaya dan sihat walafiat.
Bila saya rasa macam kesal dengan hidup saya, saya akan cuba melihat kehidupan mereka yang dilahirkan cacat ataupun anak yatim piatu ataupun mereka yang diduga penyakit macam-macam. Golongan ni kadang-kadang nampak lebih gembira dari kita yang sihat,cukup segalanya. Kenapa? Sebab mereka ni lebih menghargai hidup dan setiap detik yang mereka lalui dalam kehidupan mereka walau dalam serba kekurangan. Kalau mereka mampu mensyukuri hidup mereka, kenapa saya tidak....
Jadi pointnya disini, kita harus sentiasa bersyukur apa yang kita miliki.
Banyak kelemahan dan kekurangan kita yang boleh diubah menjadi lebih baik sebenarnya. Cuma kita sendiri kena usaha untuk buang mana-mana yang tidak bagus dan cuba amalkan benda yang baik-baik. Kita boleh berusaha sedikit demi sedikit mengikis sikap ego, pentingkan diri sendiri dan memperkatakan kelemahan orang lain.
Kita ni dilahirkan dengan sifat yang baik sebenarnya. Ya memang betul saya juga tahu apa kebaikan diri saya sendiri tapi tak nak lah tulis kat sini nanti orang ingat saya ni 'perasan' pula..hehe saya ni memang baik juga kadang-kadang sebenarnya ikut moodlah...hehe...
Okeylah, u olls out there..SENTIASALAH CUBA BERUBAH MENJADI YANG LEBIH BAIK...:)

No comments:
Post a Comment