Fuh!! lama giler tak menulis ni macam tangan dah gatal-gatal tak senang selagi tak tulis idea yang sedang mencurah-curah ni hehe...
Sebenarnya bukan idea yang meletup punyalah yang sy nak tulis disini, just want to share about my daughter.
Last month on 22.04.2014, genaplah umur anak saya yg pertama 4 tahun, Tidak sangka begitu cepat masa berlalu. Macam baru semalam saya mengandung dan membawa dia dalam kandungan selama 9 bulan.
Anak saya yang pertama ni masa kecil kecil dulu muka dia sebiji macam ada satu pelakon Taiwan kanak-kanak, lupa dah nama dia. Apa tidaknya, masa saya memgandung dia ni, memang hari2 tengok drama Taiwan dan Korea. Memamg addict habis la masa tu.
Bila anak saya dah cecah umur setahun ramai pula yamg cakap muka dia macam Korea. Sampai sekarang pun masih ada iras-iras Korea menurut kata orang lah, saya tengok anak saya hari2 jadi tak perasan sangat muka dia iras siapa.
Bercakap pasal karektor anak, apa yang saya dapat perhatikan anak saya ni sangat loving orangnya, kadang2 bila saya berbaring dia tolong selimutkan, bila saya mengaduh kesakitan dia akan tanya
"Whats wrong mummy?"
Dulu saya masih ingat lagi masa dia belum ada adik, dia sangatlah manja dengan saya. Sampai mandi pun kadang2 kelam kabut sebab dia asyik mencari saya. Dia tidaklah rapat sangat dengan daddy dia masa itu.
Tapi bila dia dah ada adik, mulalah dia rapat dengan daddy dia. Balik-balik cari daddynya.Tanya mana daddy balik-balik.
First day kami balik dari hospital selepas saya bersalin anak yang kedua ni, dia langsung tidak mahu dekat dengan saya sebab dia nampak saya dukung baby. Saya panggil dia pun tidak mahu. Dia duduk disudut-sudut rumah dengan bantal busuk dan puting dia. Saya tahu dia jeles sebab biarpun dia tidak mahu dekat dengan saya dia tengok saya juga balik2 especially bila saya dodoi adik dia.
Masa itu sebenarnya saya sangat sedih juga tengok keadaan dia. Dia mahukan perhatian saya tapi dia merajuk sebab mungkin dia ingat bila ada baby baru saya tidak akan sayang dia lagi. Dia pun belum sampai umur 2 tahun lagi masa itu, jadi memanglah dia masih lagi belum puas bermanja dengan saya.
Saya sedih tengok dia begitu. Then saya cuba bawa dia bermain dengan adik dia, dalam keadaan yang belum berapa sihat saya gagahkan juga untuk dukung dia dan bawa dia bermain dengan adik dia. Saya bawa dia bercerita. Bagitahu dia, itu adik dia dan dia boleh main dengan adik, boleh naik kereta mainan dia dengan adik bila adik dah besar. Bila nak mandikan baby saya bawa dia tengok sekali, sebab saya tidak mahu dia rasa tersisih.
Dalam seminggu itu, mungkin dia perlahan-lahan dapat menerima kehadiran adik baru. Dan dia tidak merajuk lagi. Bila adik dia menangis, dia cepat2 berlari tengok dan tanya saya kenapa adik dia menangis.Dia dah pandai cium-cium adik dia. Bila ada orang bergurau cakap nak ambil adik, dia marah. dia akan cakap 'No! No! No! dengan gaya tangan sekali, dan adakalanya dia berair mata bila orang pegang atau dukung adik dia.
Dia sendiri yang gelarkan diri dia kakak, kalau dulu masa belum ada adik kami panggil dia Ann-Ann tapi bila dia ada adik, kena panggil kakak sudah sebab anak saya sendiri dah appoint diri dia kakak.
Sampai sekarang sebenarnya dia masih juga jeles kadang-kadang dengan adik dia. Ada masanya dia mahu bermanja dengan saya tapi tahulah adik dia tu kalau nampak kakak dia nak dekat dengan saya pasti dia meraung-raung menangis.
Banyak kali jugalah anak saya yang terpaksa mengalah. Barang mainan pun berebut juga kadang-kadang sebab yang kedua tu memang mahu dia saja yang diutamakan. Saya ikut keadaan lah juga nak menangkan siapa. kadang-kadang tak boleh juga terlalu ikut kehendak si kecil sebab tak mahu kakak dia ambil hati.
Begitulah keadaannya bila dah ada dua orang anak, kata orang kena adil dan saksama hihi...
Harapan saya untuk princess saya yang pertama ni semoga dia dapat jadi kakak yang baik, jadi anak yang baik, lebih berdikari (sbb dia terlalu bergantung dgn daddy dia), harap-harap bila dia sekolah nanti dia dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan (dia takut orang ni, sbb jarang jumpa ramai orang), dan saya harap dia dapat depend diri dia kalau ada orang yang nak buli ker apa.
Itulah sajalah untuk kali ini, sebenarnya banyak yang saya nak tulis macam-macam idea yang keluar ni tapi bila dah ready nak tulis susunan ayat pula tunggang terbalik. hurmm...