Sunday, 27 October 2013

Kenapa Saya Suka Membaca Novel Melayu?

post signature



Hello!!

Rasa Monday blues tak?? Hehe...Janganlah macam tu, kita ni mesti kena sentiasa bersemangat kerja supaya rezeki pun semangat juga nak datang kat kita, ye tak? hehehe...Belajar dari novel...

Okeylah hari ni topik yang saya cuba ketengahkan...Kenapa saya suka baca novel melayu?? Ramai kawan yang tanya saya soalan ni. Kenapa? saya pun kurang pasti, mungkin sebab saya bukan orang melayu dan bukan juga muslim...So???

Bagi saya normal lah saya baca novel melayu, biarpun bukan berbangsa melayu dan bukan muslim saya tetap penduduk negara Malaysia yang bahasa pengantaranya bahasa melayu. Tidak apa-apa yang pelik rasanya...

Membaca novel ni banyak manfaat sebenarnya...Kita akan belajar melihat kehidupan seseorang, menilai peribadi orang, bagaimana sikap yang tidak disukai dan yang disenangi orang lain..

Kita akan belajar sikap orang lelaki, keegoannya, bagaimana penolakkan lelaki bila dia tidak suka seseorang terutamanya yang kaum perempuan... Kalau orang cakap, penggemar novel ni 'jiwang' saya memang tidak setuju 100% pendapat ni.

Sekarang ni, nilai novel melayu kita semakin berada dilevel yang boleh dibanggakan. Cara penulisan dan penyampaian cerita juga semakin meluas. Isi cerita dikembangkan dengan sangat baik. Lihat saja novel-novel seperti 'Projek Memikat Suami' tulisan Hanina Abdullah, 'Untuk Semua Dosaku-Rin Ahmad' atau novel tulisan Melur Jelita -Awak suka saya tak?, I love you Stupid dan My Precious Iris'. Novel ni nampak saja tajuk dia simple tapi pengisiannya sangat mendalam.

Kamu akan belajar tentang banyak perkara dalam novel ni, tentang keagamaan, Cinta sesama insan, Cinta yang patut diagungkan...Ilmu rumahtangga, kemanusiaan, dan banyak lagi...

Ada juga kawan yang tanya,'bukan novel2 ni berunsurkan agama islam ker?' . Hurmm...betul lah tu kebanyakkan novel yang saya baca memang ada ciri-ciri islamik juga tapi itu tidak menjadi isu bagi saya, sudah penulis dia memang muslim memanglah dia tulis berpandukan agama dia kan.... Bagi saya penulis bebas berdakwah tentang agama dorang dalam novel tulisannya, dan saya sebagai pembaca yang bukan muslim membaca tentang ilmu agama dorang supaya saya lebih memahami ajaran islam yang juga agama rasmi negara saya supaya saya lebih menghormati golongan muslim di negara kita.

Jangan saja ada unsur memandang hina agama lain kat situ, saya tidak ada masalah besar tentang baca novel melayu yang berunsurkan islamik...

Tak ada yang peliknya disitu kan??

Penting sebenarnya kita mengetahui serba sedikit tentang agama rasmi negara kita, so, kalau ada tourist yang datang dinegara kita dan tanya tentang 'Islam' Kita yang bukan muslim pun tahu macam mana explain kat dorang kan...

Pokok pangkalnya, sikap menghormati agama orang lain itu sangat penting. Kalau kita mahu agama kita dihormati  orang lain,  kita kena hormati agama orang lain dulu..

Negara kita ni perlukan sikap hormat antara satu sama lain supaya perpaduan masyarakat terjalin dan kita tidak mampu diganggu gugat oleh anasir luar.

No comments:

Post a Comment