Sunday, 22 September 2013

Produk Pelangsingan Badan Berkesan atau Tidak

post signature



Hari ni kita nak cerita pasal produk pelangsingan badan yang ada dipasaran. Saya rasa memang ramai yang perasan, produk pelangsingan ni makin banyak jenisnya. Macam-macam ada, kata orang....Sampai susah nak pilih mana satu yang sesuai dengan kita atau mana satu yang benar-benar berkesan.

Pernah juga ada kawan introduce satu produk dengan saya dulu masa baru-baru sersalin anak kedua. Saya tak nak lah sebut nama produk tu sebab nanti ada pula orang marah kan...
Memanglah kawan yang introduce tu jadi kurus tapi apa yang saya hairan, katanya sepanjang pengambilan produk tersebut kena kurangkan makan nasi supaya produk tu berkesan. Then saya fikir kan, kalau masih kena usaha sendiri untuk jaga pemakanan, kenapa mesti saya beli produk ni?

Tanpa produk tersebut pun, kalau kita pandai jaga pemakanan masih boleh kurus. Kenapa saya mesti buang duit sampai ratusan ringgit semata-mata nak kurus?

Pada pendapat sayalah kan, produk pelangsingan ni hanya sebagai makanan tambahan saja...mungkin kalau ia berkesan pun hanya akan membantu 40% atau kurang dari itu. Selebihnya adalah usaha kita sendiri.

Tapi depends jugalah sama korang semua, kalau rasa mampu then belilah produk pelangsingan, tapi kalau tak mampu tak perlu lah kot. Usaha sendiri lagi bagus. Jimat duit lagi. Pas tu kita pun tak tahu apa kandungan sebenar dalam produk tu sama ada ianya bagus untuk kita ker atau tak.

Kadang-kadang juga ada produk yang buat kita sakit perut seperti cirit birit selepas makan. Tapi kawan saya dulu kan, ambil produk yang berbentuk teh ni, bukan makin kurus makin membesar pula. Sebab apa, selepas dia 'membuang' dia akan rasa sangat lapar. Then dia makan lagi banyak selepas itu...Sengsara betul dia sakit perut saya tengok, tapi tup-tup tak der kesan pun. Yang sadisnya makin membesar pula dia...adehhh...

Ada juga produk yang buat kita selalu rasa kenyang. Ini saya tak tahulah macam mana keberkesanan dia cos saya sendiri pun tak pernah cuba. Tapi kena hati-hatilah kalau beli produk pelansingan ni, kena tengok chart ingredient dia juga. Kadang-kadang ada produk yang kandungan karbohidrat dia tinggi tau...So pandai-pandai lah yer....

Pas tu kan, saya terfikir juga kalau produk2 ni semua berkesan macam yang kita selalu tengok testimoni orang, tak kan lah masih ada orang yang masih 'gebu menggebu' di Malaysia ni. Paling dekat contohnya artis-artis kita. Kalau dengan produk pelangsingan tu dapat menguruskan badan dengan cara senang semudah 'ABC' rasanya artis kita semuanya akan langsing-langsing belaka. Betul tak?

Walaubagaimanapun, ini cuma pendapat peribadi saya. Sama ada korang nak beli produk pelangsingan untuk kurus atau nak kurus secara semulajadi itu terpulang pada indvidu masing-masing. Jangan pula nak cakap saya cuba nak jatuhkan reputasi produk-produk yang ada dipasaran ni.

Mungkin ada produk yang betul-betul berkesan tapi kena pandai pilih. Terlalu banyak produk, jadi pilihan pun makin luas. Kalau tak yakin jangan beli. Kalau yakin sesangat then apa lagi sambar je lah kan....

Kalau saya memang tak nak lah cos saya ni orang tak berduit...daripada saya beli produk pelansingan yang harganya ratusan ringgit dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit lebih baik spend duit tu untuk belanja harian or beli keperluan anak-anak atau yang paling best sekali 'shopping' untuk diri sendiri hehehe....

Friday, 20 September 2013

Tips atau Panduan Menguruskan Badan

post signature


Hari ini saya nak berkongsi tips menguruskan badan. Tips ini adalah dari pengalaman saya sendiri menguruskan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin anak kedua. Jadi ya, tips2 ini boleh diaplikasikan oleh orang yang mahu  kurangkan berat badan selepas bersalin atau  orang bujang yang nak kuruskan badan.

Tips yang bakal saya kongsikan ini adalah hasil banyak maklumat. Saya try dan tengok hasilnya..Apabila saya pasti dan saya sendiri berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak 3kg dalam masa 3 bulan barulah saya berani kongsikan info ini kepada semua pembaca.


1) Nasi

Semua orang tahu nasi ini mengandungi karbohidrat. Karbohidrat ini pula akan menjadi tenaga. Tapi pengambilan  karbohidrat yang berlebihan akan menjadi lemak. Oleh sebab itu kita kena kurangkan pengambilan nasi atau apapun jenis makanan yang mengandungi karbohidrat. Biasakan diri dengan makan nasi dengan kuantiti yang sedikit dan jadikan ia rutin harian anda.

Kalau sebelum ini anda makan nasi satu piring penuh macam saya hehe.. kurangkan ke 1 atau 2 senduk nasi. Kurangkan perlahan-lahan jangan terlalu drastik pula nanti sendiri merana. Mungkin minggu pertama diet,ambil 3 senduk, and then minggu kedua dua senduk saja dan begitulah seterusnya.

Apabila perut kita ni sudah biasa dengan pengambilan nasi yang sedikit, lama-lama kantung makanan dalam perut akan perlahan-lahan mengecut dan bila ini sudah berlaku setiap kali makan kita akan cepat merasa kenyang. Tapi ini haruslah dilakukan secara perlahan lahan. Jangan risau apabila anda sudah memulakan langkah yang pertama, langkah seterusnya akan menjadi semakin mudah. Mengurangkan kuantiti nasi yang kita makan bermaksud kita sedang berusaha untuk mengurangkan lemak dalam badan kita.


2) Gula

Pernah dengar tak orang cakap, gula lebih berbahaya dari lemak? Ini adalah perumpamaan yang digunakan menggambarkan betapa bahayanya pengambilan gula yang berlebihan. Tapi memang betul, gula sangat bahaya sebab kesan atau impak pengambilan yang berlebihan sama kesannya dengan pengambilan alcohol. Jadi bayangkan bagaimana gula boleh merosakkan badan kita.

Bila kita sebut gula, kita akan membayangkan sesuatu yang sangat sedap dan manis-manis belaka…Well, sebab gula ni terkandung dalam hampir semua jenis makanan. Apabila gula ada dalam semua jenis makanan maka kerja nak kurangkan pengambilan gula bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi kalau diusahakan bukanlah sesuatu yang mustahil.

Gula boleh menyebabkan obesiti. Rasanya semua orang pun tahu fakta ni tapi tidak semua praktikan cara pengambilan yang betul dalam kehidupan seharian. Tapi yang paling penting kita nak tahu adalah macamana nak kurangkan gula dalam pemakanan kita seharian bila ianya terkandung dalam semua jenis makanan.

Bagi saya mudah saja…kita kurangkan dari benda yang paling sering kita ambil iaitu minuman. Kalau korang memang suka minum minuman manis cuba kurangkan pengambilannya. Kalau biasanya kita ambil 3 gelas dalam sehari cuba kurangkan ke satu gelas sehari. Kalau orang yang suka makan coklat, cake atau ice cream kena kurangkan pengambilannya. Mungkin ambil dalam seminggu sekali begitu dan kurangkan juga kuantiti pengambilannya.

Bila kita dapat mengawal nafsu makan kita makan kerja menguruskan badan ni menjadi mudah. Disiplin itu sangat penting semasa diet.


3) Air Kosong

Sekarang ni jarang orang suka minum air kosong atau pun nama glamournya Sky juice. Kenapa? Sebab kita sudah terrbiasa minum minuman manis selepas makan. Lagipun ada juga orang yang malu nak order air kosong saja kan. Tapi kita terlupa bahawa air kosong ni lebih baik kesannya pada badan kita daripada minuman manis. Selepas makan sebaiknya minum air kosong dalam jumlah yang sedikit.

 Kalau minum air manis selepas makan, zat- zat makanan yang kita makan tidak akan dapat diserap oleh badan kita kerana terhalang oleh gula dalam minuman yang kita ambil.. Ini adalah tips yang diberikan oleh doctor semasa saya mengandung dulu.

Air kosong sebaiknya diambil dalam kuantiti yang banyak dua jam sebelum makan tengahari supaya kita rasa kenyang bila sudah sampai masa makan tengahari dan juga ia berfungsi mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan.

4) Lain Lain Tips Tambahan

a) Jangan Berlapar. Pastikan anda makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap kali.

b) Buatlah senaman sekurang-kurangnya seminggu sekali.

c) Rajin-rajinlah baca informasi tentang cara menguruskan berat badan dengan cara yang sihat. Kadang-kadang produk menguruskan badan yang ada dipasaran pun bukanlah  boleh membantu sangat dalam proses menguruskan badan ni.Produk yang mahal belum tentu berkesan. Fikir-fikirkan......Selamat Berdiet dan thanks for stopping by...