Hari ini saya nak berkongsi tips menguruskan badan. Tips ini
adalah dari pengalaman saya sendiri menguruskan badan dan mengurangkan berat
badan selepas bersalin anak kedua. Jadi ya, tips2 ini boleh diaplikasikan oleh
orang yang mahu kurangkan berat badan
selepas bersalin atau orang bujang yang
nak kuruskan badan.
Tips yang bakal saya kongsikan ini adalah hasil banyak maklumat. Saya try dan tengok hasilnya..Apabila saya
pasti dan saya sendiri berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak 3kg dalam
masa 3 bulan barulah saya berani kongsikan info ini kepada semua pembaca.
1) Nasi
Semua orang tahu nasi ini mengandungi karbohidrat.
Karbohidrat ini pula akan menjadi tenaga. Tapi pengambilan karbohidrat yang berlebihan akan menjadi
lemak. Oleh sebab itu kita kena kurangkan pengambilan nasi atau apapun jenis
makanan yang mengandungi karbohidrat. Biasakan diri dengan makan nasi dengan
kuantiti yang sedikit dan jadikan ia rutin harian anda.
Kalau sebelum ini anda makan nasi satu piring penuh macam
saya hehe.. kurangkan ke 1 atau 2 senduk nasi. Kurangkan perlahan-lahan jangan
terlalu drastik pula nanti sendiri merana. Mungkin minggu pertama diet,ambil 3
senduk, and then minggu kedua dua senduk saja dan begitulah seterusnya.
Apabila perut kita ni sudah biasa dengan pengambilan nasi
yang sedikit, lama-lama kantung makanan dalam perut akan perlahan-lahan
mengecut dan bila ini sudah berlaku setiap kali makan kita akan cepat merasa
kenyang. Tapi ini haruslah dilakukan secara perlahan lahan. Jangan risau
apabila anda sudah memulakan langkah yang pertama, langkah seterusnya akan
menjadi semakin mudah. Mengurangkan kuantiti nasi yang kita makan bermaksud kita sedang berusaha untuk mengurangkan lemak dalam badan kita.
2) Gula
Pernah dengar tak orang cakap, gula lebih berbahaya dari
lemak? Ini adalah perumpamaan yang digunakan menggambarkan betapa bahayanya
pengambilan gula yang berlebihan. Tapi memang betul, gula sangat bahaya sebab
kesan atau impak pengambilan yang berlebihan sama kesannya dengan pengambilan alcohol.
Jadi bayangkan bagaimana gula boleh merosakkan badan kita.
Bila kita sebut gula, kita akan membayangkan sesuatu yang
sangat sedap dan manis-manis belaka…Well, sebab gula ni terkandung dalam hampir
semua jenis makanan. Apabila gula ada dalam semua jenis makanan maka kerja nak
kurangkan pengambilan gula bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi kalau diusahakan
bukanlah sesuatu yang mustahil.
Gula boleh menyebabkan obesiti. Rasanya semua orang pun tahu
fakta ni tapi tidak semua praktikan cara pengambilan yang betul dalam kehidupan
seharian. Tapi yang paling penting kita nak tahu adalah macamana nak kurangkan
gula dalam pemakanan kita seharian bila ianya terkandung dalam semua jenis
makanan.
Bagi saya mudah saja…kita kurangkan dari benda yang paling
sering kita ambil iaitu minuman. Kalau korang memang suka minum minuman manis cuba kurangkan
pengambilannya. Kalau biasanya kita ambil 3 gelas dalam sehari cuba kurangkan
ke satu gelas sehari. Kalau orang yang suka makan coklat, cake atau ice cream
kena kurangkan pengambilannya. Mungkin ambil dalam seminggu sekali begitu dan
kurangkan juga kuantiti pengambilannya.
Bila kita dapat mengawal nafsu makan kita makan kerja
menguruskan badan ni menjadi mudah. Disiplin itu sangat penting semasa diet.
3) Air Kosong
Sekarang ni jarang orang suka minum air kosong atau pun nama
glamournya Sky juice. Kenapa? Sebab kita sudah terrbiasa minum minuman manis
selepas makan. Lagipun ada juga orang yang malu nak order air kosong saja kan . Tapi kita terlupa
bahawa air kosong ni lebih baik kesannya pada badan kita daripada minuman manis.
Selepas makan sebaiknya minum air kosong dalam jumlah yang sedikit.
Kalau minum
air manis selepas makan, zat- zat makanan yang kita makan tidak akan dapat
diserap oleh badan kita kerana terhalang oleh gula dalam minuman yang kita ambil.. Ini adalah tips yang diberikan oleh doctor semasa saya mengandung dulu.
Air kosong sebaiknya diambil dalam kuantiti yang banyak dua
jam sebelum makan tengahari supaya kita rasa kenyang bila sudah sampai masa
makan tengahari dan juga ia berfungsi mempercepatkan pembakaran kalori dalam
badan.
4) Lain Lain Tips
Tambahan
a) Jangan Berlapar. Pastikan anda makan dalam kuantiti yang
sedikit tapi kerap kali.
b) Buatlah senaman sekurang-kurangnya seminggu sekali.
c) Rajin-rajinlah baca informasi tentang cara menguruskan
berat badan dengan cara yang sihat. Kadang-kadang produk menguruskan badan yang
ada dipasaran pun bukanlah boleh
membantu sangat dalam proses menguruskan badan ni.Produk yang mahal belum tentu berkesan. Fikir-fikirkan......Selamat Berdiet dan thanks for stopping by...


Perkongsian yang sangat menarik. Sebenarnya, untuk kurus yang lebih berkesan, kena ikut tiga langkah yang sangat penting di samping pengamalan senaman yang sesuai. Tiga langkah yang penting itu adalah: Singkir toksin dari badan, Bakar lemak yang tak perlu & Keperluan otot untuk percepatkan proses metabolisme.
ReplyDeleteNak tahu lebih lanjut & banyak lagi tips kurus, boleh hubungi saya. :)