Friday, 8 November 2013

Thor The Dark World Review



Holaaaaa!!!!!!

Tengok tajuk jer terus rasa cam excited semacam kan....okey semalam saya baru tengok movie ni. 
Memang best....kat mana yang bestnya? Overall ceritanya memang best..penuh aksi, ada romance juga sikit-sikit, tidak banyak..

Thor part 2 ni mengisahkan kemunculan kaum Maleikth yang menggunakan kuasa Aether untuk membawa kembali zaman kegelapan untuk sembilan alam. 

Dalam cerita ni juga queen (Mama Thor) pass away akibat serangan dari kaum Maleikth (sorry klu salah eja yer).

Yang bestnya dalam cerita ni, kita dapat tengok bagaimana Thor dan Loki bersatu untuk menumpaskan kaum Maleikth dan melepaskan dendam mereka atas kematian bonda mereka berdua.

Watak Loki juga sangat menarik dalam cerita ni. Kita dapat lihat sisi dia yang kelakar, menarik, dan kita boleh nampak macam mana sayangnya dia kepada bonda dia biarpun dia bukanlah anak kandung.

Somehow watak 'Loki' sangat menarik perhatian saya dan saya sangat-sangat suka tengok dia sebab saya rasa dia sangat seksi, or should I say a sexy dangerous man. hohoho.....

Actually dia ni kan, sangat sayang abang dia tu tapi sebab dia nak perhatian, dan dia cemburu sebab mengetahui hakikat yang dia bukannya anak kandung king dan queen membuatkan dia ni buat macam-macam hal untuk tarik perhatian maybe...

 (Sorry klu review ni tak berapa best cos sia mcm syok sendiri jer, tlg dimaafkn hehe)

Kesimpulannya 'Thor the Dark World' ni memang tidak rugi ditonton...macam tidak puas tengok, saya harap Thor part 3 nanti akan memperlihatkan lebih banyak kerjasama antara Loki dan Thor cos saya sangat suka gabungan tenaga dorang dua ni hehe...itu sajalah, saya nak mimpi Loki dulu..Ciaooo...

post signature

Sunday, 27 October 2013

Kenapa Saya Suka Membaca Novel Melayu?

post signature



Hello!!

Rasa Monday blues tak?? Hehe...Janganlah macam tu, kita ni mesti kena sentiasa bersemangat kerja supaya rezeki pun semangat juga nak datang kat kita, ye tak? hehehe...Belajar dari novel...

Okeylah hari ni topik yang saya cuba ketengahkan...Kenapa saya suka baca novel melayu?? Ramai kawan yang tanya saya soalan ni. Kenapa? saya pun kurang pasti, mungkin sebab saya bukan orang melayu dan bukan juga muslim...So???

Bagi saya normal lah saya baca novel melayu, biarpun bukan berbangsa melayu dan bukan muslim saya tetap penduduk negara Malaysia yang bahasa pengantaranya bahasa melayu. Tidak apa-apa yang pelik rasanya...

Membaca novel ni banyak manfaat sebenarnya...Kita akan belajar melihat kehidupan seseorang, menilai peribadi orang, bagaimana sikap yang tidak disukai dan yang disenangi orang lain..

Kita akan belajar sikap orang lelaki, keegoannya, bagaimana penolakkan lelaki bila dia tidak suka seseorang terutamanya yang kaum perempuan... Kalau orang cakap, penggemar novel ni 'jiwang' saya memang tidak setuju 100% pendapat ni.

Sekarang ni, nilai novel melayu kita semakin berada dilevel yang boleh dibanggakan. Cara penulisan dan penyampaian cerita juga semakin meluas. Isi cerita dikembangkan dengan sangat baik. Lihat saja novel-novel seperti 'Projek Memikat Suami' tulisan Hanina Abdullah, 'Untuk Semua Dosaku-Rin Ahmad' atau novel tulisan Melur Jelita -Awak suka saya tak?, I love you Stupid dan My Precious Iris'. Novel ni nampak saja tajuk dia simple tapi pengisiannya sangat mendalam.

Kamu akan belajar tentang banyak perkara dalam novel ni, tentang keagamaan, Cinta sesama insan, Cinta yang patut diagungkan...Ilmu rumahtangga, kemanusiaan, dan banyak lagi...

Ada juga kawan yang tanya,'bukan novel2 ni berunsurkan agama islam ker?' . Hurmm...betul lah tu kebanyakkan novel yang saya baca memang ada ciri-ciri islamik juga tapi itu tidak menjadi isu bagi saya, sudah penulis dia memang muslim memanglah dia tulis berpandukan agama dia kan.... Bagi saya penulis bebas berdakwah tentang agama dorang dalam novel tulisannya, dan saya sebagai pembaca yang bukan muslim membaca tentang ilmu agama dorang supaya saya lebih memahami ajaran islam yang juga agama rasmi negara saya supaya saya lebih menghormati golongan muslim di negara kita.

Jangan saja ada unsur memandang hina agama lain kat situ, saya tidak ada masalah besar tentang baca novel melayu yang berunsurkan islamik...

Tak ada yang peliknya disitu kan??

Penting sebenarnya kita mengetahui serba sedikit tentang agama rasmi negara kita, so, kalau ada tourist yang datang dinegara kita dan tanya tentang 'Islam' Kita yang bukan muslim pun tahu macam mana explain kat dorang kan...

Pokok pangkalnya, sikap menghormati agama orang lain itu sangat penting. Kalau kita mahu agama kita dihormati  orang lain,  kita kena hormati agama orang lain dulu..

Negara kita ni perlukan sikap hormat antara satu sama lain supaya perpaduan masyarakat terjalin dan kita tidak mampu diganggu gugat oleh anasir luar.

Friday, 25 October 2013

Berubah Menjadi Lebih Baik

post signature


Hai semua...salam 1Malaysia!

Mulakan hari kita dengan senyuman dan seluruh dunia akan tersenyum kepada kita...hehe hari ni saya nak kongsi bagaimana kita ni sbagai manusia biasa yang tidak lari dari banyak kesilapan sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

Saya secara peribadi bukanlah golongan yang 'baik-baik'. Memang ada cacat cela tidak kira dari cara pertuturan, cara berfikir dan juga cara bergaul dengan kawan-kawan. Saya mengetahui kekurangan saya sendiri dan saya berusaha untuk menjadi lebih baik.

Bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya bila kita sudah biasa dengan cara kita yang lama tapi apa salahnya kita berubah sedikit demi sedikit bukan?

Bagaimana untuk berubah?

Pertama sekali kita kena tahu apa kelemahan dan kekurangan kita atau apa sikap buruk kita.
Saya ni seorang yang kalau orang tidak rapat dengan saya, saya kelihatan sombong, tapi bila orang tu dah rapat dengan saya, dorang akan tahu yang saya ni suka bercakap, bercerita dan ada masanya 'menganyam ketupat'.

Bercerita tentang kelemahan sesorang kadang-kadang boleh jadi benda yang bagus atau tidak. Inilah sebenarnya yang saya cuba elakkan. Saya cuba untuk tidak bercakap tentang kekurangan seseorang atau kelemahan mereka. Tapi ada masanya apa yang dielakkan tu, itulah juga yang susah nak buang. Saya seorang yang suka menganalisa personaliti orang. Jadi bila bercakap kadang-kadang benda ni tidak lepas dari jadi topik utama perbualan. Saya sedar ini tidak bagus sebab bila kita memperkatakan tentang orang lain kita turut mendedahkan kelemahan kita sendiri. Jadi 'ELAKKAN BERCAKAP TENTANG KELEMAHAN ORANG LAIN'!
Peringatan untuk saya dan sesiapa sahaja.

Kedua, saya adakalanya tidak sensitif dengan perasaan orang. Kalau saya nak cakap benda tu, direct saja tiada tapis-tapis lagi (adakalanya). Ini pun kena buang juga ni nanti susah pula nak dapat kawan.

Ketiga, saya sangat suka 'berceramah'. Kadang-kadang tentang kesihatan, kecantikkan, motivasi dan entah apa2 lagilah. Saya cuba berkongsi Ilmu dengan kawan tapi ada kawan yang tidak suka kita ni membebel-bebel. Jadi ini kena kurangkan juga. Kena amalkan 'banyakkan mendengar dari bercakap'. Senang ker nak buat begini eh? Saya rasa macam susah sangat cos saya ni kalau bercakap susah betul nak tarik hand break...hurmm...kena cuba lah kan....

keempat, saya cuba untuk ubah cara berfikir..Cuba berfikir dengan lebih terbuka..lebih matang..lebih positif.. Hidup kita ni memang banyak cabaran tapi kita kena harunginya dengan lebih tabah. Bersyukur itu sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita. Cuba lihat orang lain yang hidupnya lebih susah dari kita. Automatik kita akan rasa sangat bersyukur kerana kita dilahirkan sempurna, ada kerja biarpun gaji tak seberapa or hidup gembira biarpun tidak kaya dan sihat walafiat.

Bila saya rasa macam kesal dengan hidup saya, saya akan cuba melihat kehidupan mereka yang dilahirkan cacat ataupun anak yatim piatu ataupun mereka yang diduga penyakit macam-macam. Golongan  ni kadang-kadang nampak lebih gembira dari kita yang sihat,cukup segalanya. Kenapa? Sebab mereka ni lebih menghargai hidup dan setiap detik yang mereka lalui dalam kehidupan mereka walau dalam serba kekurangan. Kalau mereka mampu mensyukuri hidup mereka, kenapa saya tidak....

Jadi pointnya disini, kita harus sentiasa bersyukur apa yang kita miliki.

Banyak kelemahan dan kekurangan kita yang boleh diubah menjadi lebih baik sebenarnya. Cuma kita sendiri kena usaha untuk buang mana-mana yang tidak bagus dan cuba amalkan benda yang baik-baik. Kita boleh berusaha sedikit demi sedikit mengikis sikap ego, pentingkan diri sendiri dan memperkatakan kelemahan orang lain.

Kita ni dilahirkan dengan sifat yang baik sebenarnya. Ya memang betul saya juga tahu apa kebaikan diri saya sendiri tapi tak nak lah tulis kat sini nanti orang ingat saya ni 'perasan' pula..hehe saya ni memang baik juga kadang-kadang sebenarnya ikut moodlah...hehe...

Okeylah, u olls out there..SENTIASALAH CUBA BERUBAH MENJADI YANG LEBIH BAIK...:)

Wednesday, 16 October 2013

Friendship Rules

post signature








Have you ever heard about loyalty in friendship?? Ok...I just know about this also when I stumble to one web and read about friendship rule...hohoho....

Selama ni saya ingat marriage or love relationship saja yang ada wujud term 'setia' ni. Rupa-rupanya dalam persahabatan pun ada juga hehe...

Tapi memang betullah apa yang artikel tu cakap nak cari sahabat sejati ni memang lah payah bukan semua orang bernasib baik untuk ada seorang kawan yang ada masa kita susah dan senang. Kebanyakkannya hanya datang dan pergi maksudnya kawan untuk masa-masa tertentu saja.

Best juga tengok orang yang ada bestfriend ni, tapi nak cari dekat ceruk mana...saya tak tahu. Cos rasanya saya belum pernah ada sahabat sejati yang betul-betul ada bersama saya susah dan senang. I wish I have one but no...I dont have anybody....

Ok antara penyebab sesebuah persahabatan itu terlerai menurut dalam artikel yang saya baca....

1) Ego

2) Tidak setia

3) Tidak memahami

4) Tidak percaya antara satu sama lain

And.....

Ada banyak lagi sebenarnya tapi saya pun tidak berapa ingat dah....Kalau baca sekali imbas macam nampak easy kan reason2 diatas tu tapi nak  praktik tu bukan senang tahu....Berapa banyak persahabatan yang terlerai gara-gara perkara diatas tu...

Kalau nak hurai satu persatu saya pun tidak berapa pandai tapi EGO tu rasanya macam masing-masing tidak mahu mengalah dalam sesuatu pergaduhan kot...mungkin bergaduh pasal baju or boyfriend or apa saja lah yang boleh buat dua-dua pihak tidak mahu mengalah.

TIDAK SETIA ni rasanya mungkin sebab yang satu pihak terlalu ramai kawan dan tidak boleh concentrate kepada satu kawan saja jadi susah kot nak dapat kawan sejati kalau begitu sebab kawan yang satu lagi of course lah sakit hati kan...hmm mungkin juga, andaian saya saja...

TIDAK MEMAHAMI pula, ini rasanya terjadi bila kita belum kenal sepenuhnya hati budi kawan kita. Kalau kenal sangat mustahil lah pula tidak faham kehendak kawan kan sendiri kan....

Reason yang ke empat TIDAK PERCAYA ANTARA SATU SAMA LAIN...Lah kalau tidak percaya macam mana persahabatan yang sejati akan terjalin. Sebabnya selalu kalau berkawan ni saling berkongsi rahsia antara satu sama lain. Kalau tidak percaya macam mana pula nak bercerita kan...kan...

Okey last tips untuk persahabatan yang sejati...BFF orang muda bilang....kena ada 'give and take'. Kalau ditranslatekan ke bahasa melayu 'beri dan ambil'. Maksudnya tidak bolehlah satu pihak saja yang terlalu menyayangi or ambil berat or melindungi, yang pihak satu pun kena juga buat macam tu barlah adil kan.. hehehe...

Saya tidak pernah ada SAHABAT SEJATI ni, jadi mungkin info-info kat sini agak skema jadi pandai-pandailah korang melihat dari sudut positif, mana yang bagus ambil untuk diamalkan mana yang tidak, abaikan sajalah....hehe HAPPY FRIENDSHIP!


Sunday, 22 September 2013

Produk Pelangsingan Badan Berkesan atau Tidak

post signature



Hari ni kita nak cerita pasal produk pelangsingan badan yang ada dipasaran. Saya rasa memang ramai yang perasan, produk pelangsingan ni makin banyak jenisnya. Macam-macam ada, kata orang....Sampai susah nak pilih mana satu yang sesuai dengan kita atau mana satu yang benar-benar berkesan.

Pernah juga ada kawan introduce satu produk dengan saya dulu masa baru-baru sersalin anak kedua. Saya tak nak lah sebut nama produk tu sebab nanti ada pula orang marah kan...
Memanglah kawan yang introduce tu jadi kurus tapi apa yang saya hairan, katanya sepanjang pengambilan produk tersebut kena kurangkan makan nasi supaya produk tu berkesan. Then saya fikir kan, kalau masih kena usaha sendiri untuk jaga pemakanan, kenapa mesti saya beli produk ni?

Tanpa produk tersebut pun, kalau kita pandai jaga pemakanan masih boleh kurus. Kenapa saya mesti buang duit sampai ratusan ringgit semata-mata nak kurus?

Pada pendapat sayalah kan, produk pelangsingan ni hanya sebagai makanan tambahan saja...mungkin kalau ia berkesan pun hanya akan membantu 40% atau kurang dari itu. Selebihnya adalah usaha kita sendiri.

Tapi depends jugalah sama korang semua, kalau rasa mampu then belilah produk pelangsingan, tapi kalau tak mampu tak perlu lah kot. Usaha sendiri lagi bagus. Jimat duit lagi. Pas tu kita pun tak tahu apa kandungan sebenar dalam produk tu sama ada ianya bagus untuk kita ker atau tak.

Kadang-kadang juga ada produk yang buat kita sakit perut seperti cirit birit selepas makan. Tapi kawan saya dulu kan, ambil produk yang berbentuk teh ni, bukan makin kurus makin membesar pula. Sebab apa, selepas dia 'membuang' dia akan rasa sangat lapar. Then dia makan lagi banyak selepas itu...Sengsara betul dia sakit perut saya tengok, tapi tup-tup tak der kesan pun. Yang sadisnya makin membesar pula dia...adehhh...

Ada juga produk yang buat kita selalu rasa kenyang. Ini saya tak tahulah macam mana keberkesanan dia cos saya sendiri pun tak pernah cuba. Tapi kena hati-hatilah kalau beli produk pelansingan ni, kena tengok chart ingredient dia juga. Kadang-kadang ada produk yang kandungan karbohidrat dia tinggi tau...So pandai-pandai lah yer....

Pas tu kan, saya terfikir juga kalau produk2 ni semua berkesan macam yang kita selalu tengok testimoni orang, tak kan lah masih ada orang yang masih 'gebu menggebu' di Malaysia ni. Paling dekat contohnya artis-artis kita. Kalau dengan produk pelangsingan tu dapat menguruskan badan dengan cara senang semudah 'ABC' rasanya artis kita semuanya akan langsing-langsing belaka. Betul tak?

Walaubagaimanapun, ini cuma pendapat peribadi saya. Sama ada korang nak beli produk pelangsingan untuk kurus atau nak kurus secara semulajadi itu terpulang pada indvidu masing-masing. Jangan pula nak cakap saya cuba nak jatuhkan reputasi produk-produk yang ada dipasaran ni.

Mungkin ada produk yang betul-betul berkesan tapi kena pandai pilih. Terlalu banyak produk, jadi pilihan pun makin luas. Kalau tak yakin jangan beli. Kalau yakin sesangat then apa lagi sambar je lah kan....

Kalau saya memang tak nak lah cos saya ni orang tak berduit...daripada saya beli produk pelansingan yang harganya ratusan ringgit dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit lebih baik spend duit tu untuk belanja harian or beli keperluan anak-anak atau yang paling best sekali 'shopping' untuk diri sendiri hehehe....

Friday, 20 September 2013

Tips atau Panduan Menguruskan Badan

post signature


Hari ini saya nak berkongsi tips menguruskan badan. Tips ini adalah dari pengalaman saya sendiri menguruskan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin anak kedua. Jadi ya, tips2 ini boleh diaplikasikan oleh orang yang mahu  kurangkan berat badan selepas bersalin atau  orang bujang yang nak kuruskan badan.

Tips yang bakal saya kongsikan ini adalah hasil banyak maklumat. Saya try dan tengok hasilnya..Apabila saya pasti dan saya sendiri berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak 3kg dalam masa 3 bulan barulah saya berani kongsikan info ini kepada semua pembaca.


1) Nasi

Semua orang tahu nasi ini mengandungi karbohidrat. Karbohidrat ini pula akan menjadi tenaga. Tapi pengambilan  karbohidrat yang berlebihan akan menjadi lemak. Oleh sebab itu kita kena kurangkan pengambilan nasi atau apapun jenis makanan yang mengandungi karbohidrat. Biasakan diri dengan makan nasi dengan kuantiti yang sedikit dan jadikan ia rutin harian anda.

Kalau sebelum ini anda makan nasi satu piring penuh macam saya hehe.. kurangkan ke 1 atau 2 senduk nasi. Kurangkan perlahan-lahan jangan terlalu drastik pula nanti sendiri merana. Mungkin minggu pertama diet,ambil 3 senduk, and then minggu kedua dua senduk saja dan begitulah seterusnya.

Apabila perut kita ni sudah biasa dengan pengambilan nasi yang sedikit, lama-lama kantung makanan dalam perut akan perlahan-lahan mengecut dan bila ini sudah berlaku setiap kali makan kita akan cepat merasa kenyang. Tapi ini haruslah dilakukan secara perlahan lahan. Jangan risau apabila anda sudah memulakan langkah yang pertama, langkah seterusnya akan menjadi semakin mudah. Mengurangkan kuantiti nasi yang kita makan bermaksud kita sedang berusaha untuk mengurangkan lemak dalam badan kita.


2) Gula

Pernah dengar tak orang cakap, gula lebih berbahaya dari lemak? Ini adalah perumpamaan yang digunakan menggambarkan betapa bahayanya pengambilan gula yang berlebihan. Tapi memang betul, gula sangat bahaya sebab kesan atau impak pengambilan yang berlebihan sama kesannya dengan pengambilan alcohol. Jadi bayangkan bagaimana gula boleh merosakkan badan kita.

Bila kita sebut gula, kita akan membayangkan sesuatu yang sangat sedap dan manis-manis belaka…Well, sebab gula ni terkandung dalam hampir semua jenis makanan. Apabila gula ada dalam semua jenis makanan maka kerja nak kurangkan pengambilan gula bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi kalau diusahakan bukanlah sesuatu yang mustahil.

Gula boleh menyebabkan obesiti. Rasanya semua orang pun tahu fakta ni tapi tidak semua praktikan cara pengambilan yang betul dalam kehidupan seharian. Tapi yang paling penting kita nak tahu adalah macamana nak kurangkan gula dalam pemakanan kita seharian bila ianya terkandung dalam semua jenis makanan.

Bagi saya mudah saja…kita kurangkan dari benda yang paling sering kita ambil iaitu minuman. Kalau korang memang suka minum minuman manis cuba kurangkan pengambilannya. Kalau biasanya kita ambil 3 gelas dalam sehari cuba kurangkan ke satu gelas sehari. Kalau orang yang suka makan coklat, cake atau ice cream kena kurangkan pengambilannya. Mungkin ambil dalam seminggu sekali begitu dan kurangkan juga kuantiti pengambilannya.

Bila kita dapat mengawal nafsu makan kita makan kerja menguruskan badan ni menjadi mudah. Disiplin itu sangat penting semasa diet.


3) Air Kosong

Sekarang ni jarang orang suka minum air kosong atau pun nama glamournya Sky juice. Kenapa? Sebab kita sudah terrbiasa minum minuman manis selepas makan. Lagipun ada juga orang yang malu nak order air kosong saja kan. Tapi kita terlupa bahawa air kosong ni lebih baik kesannya pada badan kita daripada minuman manis. Selepas makan sebaiknya minum air kosong dalam jumlah yang sedikit.

 Kalau minum air manis selepas makan, zat- zat makanan yang kita makan tidak akan dapat diserap oleh badan kita kerana terhalang oleh gula dalam minuman yang kita ambil.. Ini adalah tips yang diberikan oleh doctor semasa saya mengandung dulu.

Air kosong sebaiknya diambil dalam kuantiti yang banyak dua jam sebelum makan tengahari supaya kita rasa kenyang bila sudah sampai masa makan tengahari dan juga ia berfungsi mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan.

4) Lain Lain Tips Tambahan

a) Jangan Berlapar. Pastikan anda makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap kali.

b) Buatlah senaman sekurang-kurangnya seminggu sekali.

c) Rajin-rajinlah baca informasi tentang cara menguruskan berat badan dengan cara yang sihat. Kadang-kadang produk menguruskan badan yang ada dipasaran pun bukanlah  boleh membantu sangat dalam proses menguruskan badan ni.Produk yang mahal belum tentu berkesan. Fikir-fikirkan......Selamat Berdiet dan thanks for stopping by...


Friday, 26 July 2013

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Princess Adella

Saya dijadualkan bersalin pada 07 hb Jan 2012 tetapi saya bercuti awal bermula dari 24hb sebab 25hb kan christmas. Jadi before christmas kami dah plan untuk bermalam di Kundasang Ranau. Maksudnya family trip sebelah husband saya lah.Kami bertolak pada 26 hb dec dan akan balik petang keesokkan harinya.

Sebelum tu sebenarnya saya dah setkan dalam otak sy yg saya mahu bersalin ada 31hb Dec supaya birthday anak saya yang kedua ni sama dgn birthday daddy dia...alkisahnya begitulah hehe...and selalulah juga sy bercakap dengan baby dlm perut supaya keluar nnt pada 31hb seperti yg saya mahu ...before nak cerita lanjut  pasal pengalaman saya bersalin yg kedua ni, nak bagitahu lah korang juga kan yang kami memang tidak tahu jantina dia ni...
Bukan kami tdk  check tapi c baby ni tak nak bagi tengok...setiap kali scan dia asyik tutup jer, jd kiranya ni suprise lah nanti masa bersalin.

Hajat di hati kunun-kunun nya mahu anak lelaki tetapi kalau dah yang di atas sana bagi perempuan pun kami terima  dengan hati yang terbuka.
Sekurang- kurangnya princess saya yg sorang tu ada teman lah juga nak bergaduh ke apa kan....

Masa mengandung tu kira aktif lah juga baby ni. Lebih aktif dari kakak dia jadi susah nak jangka sama ada baby girl  or baby boy.

Ok kita back to the main story ya..dah melalut lah pula heee......seminggu sebelum kami bercuti tu mmg dah ada rasa nak kencing kerap kali. And macam nak jalan pun ada susah sikit jugalah macam ada something yang tersepit  di celah celah paha.

And then malam 26 hb kitaorang buat bbq...bestlah juga si mummy ni makan berabis ..keesokkanya sebelum balik ke kk kitaorang singgah kejap makan durian. Fuhh tak boleh tahan betul sedap dia. Huby ckp cukup mkn dua ulas ya, tp saya ni mmg tak makan saman. Saya hentam  4 ulas. Bukan kecil punya ulas yer  tuan 2 dan puan2, ni yang besar-besar punya..tulah kuat betul makan.Dah dibagi warning tak boleh makan durian banyak nnt baby kepanasan kat dalam..dihentam makan juga aiyoo...

Lepas makan-makan durian kami pun sambung lah jalan..Kira-kira jam 6 ptg baru sampai rumah.fuh mmg penat lah.... Malamnya, saya tidak  berapa selera nak makan. Mungkin  terlalu penat ..lepas mandi,  tidurlah saya dengan aman dan damai.

Paginya saya lambat bangun. Sebenarnya bukan saya sorang yg lmbt, seisi rumah pun lambat bangun. Penat mungkin jalan jauh. Kira -kira jam 8 pagi saya rasa nak pergi tandas. Jadi pergilah macam biasa membuang bahan buangan. Pas tu saya urus anak saya yang sulung. Biasalah, anak kan macam-macam ragam terutamanya waktu pagi-pagi ni.

Tapi dalam sibuk2 tu pun, saya rasa macam ada contraction, macam nak membuang lagi tapi bila pergi tandas tiada apa2 pula yang keluar. Saya sempat check samada ada air ketuban keluar ker atau atau ada darah tapi tiada juga.

Sampai saya rasa macam contraction makin kerap, saya telefon nurse di klinik desa tanya samada itu tanda-tanda bersalin juga ker atau bukan. Nurse itu inform sy yg ada juga kes yg mcm sy ni tiada darah dan tiada pecah ketuban tapi ada contraction. Itu adalah salah satu tanda-tanda bersalin juga katanya.

Saya pun bersiap -siap selepas itu. Kemas barang-barang yg mahu dibawa ke hospital. Saya inform husband saya juga lepas itu. Selepas bersiap kami plan untuk ke hospital Likas tapi memandangkan sakit sudah sampai ke paha, saya rasa mungkin saya sudah dekat2 bersalin sebab anak pertama dulu...bila sudah sakit dekat paha maksudnya bukaan mungkin sudah 6 atau 7 cm. Jadi sy ambil keputusan untuk ke Hospital Papar saja.

Seperti bersalin anak saya yg pertama husband sy yg sedikit panic...dlm kereta dia kerap kali tanya sama ada sy okey atau tidak ....dari rumah ke hospital Papar ambil masa selama 15 minit. Sampai di Hospital Papar saya terus dimasukkan dalam Labour Room.Sekali check sudah buka 8 cm. Lebih cepat dari yg sy jangkakan. Mungkin sebab anak kedua, jadi bukaan cm tu lebih cepat dari anak pertama.

Lepas tukar baju uniform hospital hehe...baju yg pink colour tu (x suka ni baju ni tau hehe) semua nurse pun siap sedia menyambut baby sy. Kebetulan saya sorang saja yg mahu bersalin masa itu. Mungkin dalam 10 minit  saya tunggu or maybe lebih saya pun kurang pasti akhirnya nurse tu cakap boleh push sudah.Tapi herannya saya belum rasa desakan mcm mahu push sedangkan masa tu sudah 10.5 cm.Heran kan...klu anak sy pertama baru 9.5cm sudah saya berabis mahu push. Kali ni agak terbalik pula.

Oleh kerna nurse sudah suruh push jd saya dengan sepenuh tenaga pun push lah, tp pertama kali belum keluar. Push lagi kedua kali sampai habis tenaga pun tidak keluar juga. Rasanya push ketiga kali baru keluar. Satu benda yg saya perasan ya, bila sudah sampai nak push baby kluar, disertai dgn rasa contraction itu lebih bagus drpada push yg dipaksa sebab susah nak agak 'rasa' pengeluaran baby tu. Pas tu mungkin sebab suasana di Hospital Papar ataupun mcmana ya...nurse tu asyik ckp 'push! Push!'bising sangat.... Macam terlalu stress pula keadaannya..berbanding dgn keadaan masa sy bersalin di Hospital Likas. Keadaan lebih santai dan lebih menenangkan.

Itu yg saya rasalah..tidak tahu pula orang lain...okey back to the story...Baby dah kluar, tengok baby girl. Muka dia comel sgt, hehe puji anak sendiri...:p

Nurse bawa baby untuk dibersihkan lepas simpan tag nama. Nurse pula sibuk nak keluarkan tembuni baby. Another incident yg saya tdk boleh lupa. Saya bersalin tepat jam 11.28 minit pagi. Sampai jam 12 tghari tembuni masih tidak dapat dikeluarkan. Saya di paksa  muntah konon untuk memudahkan plasenta keluar, dikorek sana bawah bnyk kali utk tarik plasenta itu keluar tp tdk juga mahu keluar. Saya rasa nak push, nurse tidak bagi. Sampai jam 12.30 selepas berganti -ganti tangan yg masuk ke 'sana' nak kluarkan plasenta tp masih tdk  kluar. Masa tu sy boleh rasa koyak dibawah makin besar sebab dikorek bnyk kali.

Tenaga pun sudah habis sebab mlm pun saya tiada makan, pagi pun tiada breakfast. Last2 saya dihantar ambulans ke hospital Likas. Husband saya sampai menitiskan airmata  terlalu risau sebab kes tembuni tidak mahu keluar ni sebenarnya boleh membawa maut.

 Dalam ambulans tu saya sudah mula ada pendarahan, sedangkan sebelum tu saya langsung tiada pendarahan. Masa tu saya sudah dalam keadaan pasrah klu mmg sudah sampai masa sy utk dipanggil Tuhan...

Ambulans jalan begitu laju pun saya rasa sangat lambat. Jam satu lebih baru sampai di Hospital Likas. Doctor yang check beritahu klu plasenta tidak keluar juga mungkin dorang akan buat operation ataupun bius setengah badan  dan doctor akan masukkan tangan sampai siku ke dalam vagina utk tarik plasenta keluar. Tuhan sajalah yg tahu perasaan saya masa itu.

Masa doctor di Likas check keadaan plasenta didalam, tiba-tiba doctor tu bagitahu saya jangan push ya katanya... dia tarik perlahan-lahan dan dengan sendirinya plasenta itu keluar dengan mudah. Oh... perasaan saya masa itu memang nak meraung menangis..rasa lega yang amat sangat.

Selepas semuanya selesai, dalam jam 3 petang saya dimasukkan ke dalam Labour Room untuk dijahit. Ini satu lagi keadaan yang saya tidak boleh lupa. Sakit dijahit terus selepas bersalin dan sakit dijahit selepas 4 jam bersalin memang jauh bezanya. Kalau baru lepas baby keluar dan terus dijahit, kita tidak berapa rasa sebab masih ada tu labour pain kan...tapi kalau sudah lama bersalin dan tiba2 dijahit, Fuhh memang rasa habis..sebab tiada sakit apa-apa sudah ,jadi kita akan rasa setiap pergerakan semasa sesi menjahit.

Bayangkan kaki saya sampai menggeletar, saya boleh rasa saiz jarum yang masuk dan keluar. Kalau masa anak pertama dijahit, saya relaks saja..tiada rasa apa-apapun sedangkan masa itupun tiada bius.

Walau bagaimanapun sakit,  saya tidak akan serik untuk ada baby lagi. Setiap kelahiran akan memberi pengalaman baru bagi saya. Kesakitan itu hanya sementara saja sebenarnya, tapi nikmat kelahiran seorang bayi kita akan rasa sepanjang kehidupan kita.

Baby yang kedua ini kami namakan dia 'Adella' bermaksud 'noble'. Dilahirkan seberat 2.5 kg saja,pada Jam 11.28 pagi...

Saya sangat berterima kasih kepada pihak Hospital Papar dan Hospital Likas yang membantu proses kelahiran bayi saya yang kedua ni. Semoga dedikasi mereka terhadap pesakit akan terus bertambah untuk kebaikan pesakit tidak kira di Hospital mana sekali pun.

Saturday, 13 July 2013

Pengalaman pertama menjadi ibu dan bapa

post signatureHai semua!

Hari ini nak cerita sikit pasal pengalaman pertama menjadi mama ataupun dengan kata lain 'Parenting experience'. Sebenarnya ramai yang menganggap menjadi ibu bapa kepada seorang anak itu mudah saja tapi sebenarnya ia tidaklah semudah yang disangka.

Saya dari dulu memang sudah biasa menjaga adik dan anak buah masa kecil. Jadi masa mengandung tu tidak pernah terfikir nak belajar menjadi seorang mama. Apa yang saya tersilap sebenarnya adalah masa menjaga adik dan anak buah dulu bukanlah saya buat sepanjang masa, hanya masa tertentu saja. Saya sepatutnya sedar itu tp yalah kita mana boleh jangka benda-benda macam ni kan....

Bila saya bersalin anak pertama, semasa dalam wad bayangkan dengan baby yang baru dilahirkan nak bagi pakai pampers pun saya rasa cuak sangat. Sebab badan baby pun masih lembut saya tak berani nak angkat kaki dia sembarangan. Nasib baik husband saya ada menjaga saya sepanjang saya bersalin jadi dialah yang pertama bagi pakai pampers anak saya. Sebenarnya husband saya pun ada takut-takut juga masa itu tp tiada pilihan lagipun takkan nak suruh saya juga buat sedangkan saya nak bangun pun susah payah masa itu.

Waktu malam pula, mungkin sebab rasa teruja baru ada anak ataupun macamana...  Saya susah nak tidur. Macam-macam yang saya fikirkan...takut anak terbangun dan menangis lepas tu saya tidak boleh bangun lah and then takut juga baby tu tidur tertutup hidung dengan selimut pas tu susah bernafas lah....actually macam2 benda yang saya terfikir. Mungkn dalam satu minggu jugalah saya cuba sesuaikan diri dengan keadaan itu dan dalam satu minggu itu jugalah saya susah nak tidur waktu malam.

And satu lagi masa bagi baby mandi....okey ini ambil masa yang lama untuk saya ambil alih tugas mentua saya sebab saya takut masa bagi baby mandi tu tiba -tiba saya terlepas ke macamana. Hampir sebulan rasanya baru saya ada kekuatan untuk mandikan sendiri baby kami.

Satu lagi benda yang saya paling tidak boleh lupa, bila baby saya menangis saya menjadi panik dan rasa sakit ulu jantung saya. Saya macam tidak boleh dengar dia menangis sebab saya tidak sanggup tengok baby tu keluar air mata. Hehehe...macam-macam ada...Tapi lama kelamaan bila sudah biasa, tidaklah rasa begitu lagi. Mula2 tu saja banyak benda yang kita risaukan..

Menjadi seorang ibu bukanlah satu tugas yang mudah tapi tidaklah membebankan..terpulanglah pada kita nak menyesuaikan diri bagaimana...tapi satu yang pasti setiap saat bersama anak kita itu adalah saat yang indah dan bahagia.... Tengok muka dia, cara dia senyum, dan apabila dia membesar satu yang paling saya tunggu adalah saat pertama dia sebut 'mama'. Wah memang persaan ketika itu susah nak digambarkan...Tapi tidak tahulah orang lain macamana...saya ni memang jenis yang excited heee...
Anyway...selamat menjadi ibu dan bapa yang terbaik...semoga kita boleh menjadi role model yang baik kepada anak-anak kita.

Friday, 14 June 2013

Hobi Masa Lapang

post signature


Hai Pembaca Semua!

Hari ini Saya mahu cerita tentang hobi saya. Rasanya semua orang pun ada hobi dia kan? Tidak kira lah hobi membaca novel kah, menyanyi, menari dan macam-macam hobi lagi.

Saya ni selain dari suka membaca novel atau lebih tepat lagi 'gila novel' hehehe...saya juga suka buat craft. Contohnya seperti buat kad birthday, buat buku maksud saya disini 'Handmade book dan Handmade Card'.

Saya ada blog lain untuk craft tetapi sebenarnya agak susah mahu promote rupanya benda handmade ni yer. Entah kenapa orang kita ni kan tidak begitu gemar dengan benda-benda handmade ni.

Kalau mahu yang free of charge tu ramai lah hehe...But to be honest blog yang saya buat tu bukanlah untuk menjual barang pun, cuma baru nak share hasil - hasil handmade saya. Macamana saya boleh re'use' calendar lama untuk buat buku, dan macam-macam lagi lah.

Kalau untuk ibu-ibu yang surirumah sepenuh masa rasanya sangat lah sesuai untuk belajar benda-benda craft ni. Selain dari kita menyokong kitar semula, kita juga dapat belajar benda-benda yang baru. Tidaklah bosan terperuk kat rumah saja tanpa buat apa-apa kan.

Marilah kita menyokong barangan 'handmade' ini kerana sebenarnya bukan senang nak buat benda ni. Perlukan masa yang panjang, ketelitian, kekreatifan dan perlu tenaga yang banyak.

Untuk sesiapa yang nak tengok craft yang saya buat, bolehlah klik link ini oyongcraft.blogspot.com.

Monday, 3 June 2013

Balik Kampung

post signature


Masa cuti 'Kaamatan' hari tu kami balik kampung di Kota Marudu. Yalah bukan selalu dapat balik kampung, inipun sebab cuti kaamatan dua hari 30 & 31 bersambung dengan cuti Birthday Agong hari sabtu dan keesokannya hari ahad. Jadi tidak payahlah apply Annual Leave (hehe memang cuti tahunan sudah habis ambil pun).

Kami bertolak dari rumah dipapar kira-kira jam 10 pagi, tapi sebelum tu singgah dulu beli tapau di Lido untuk anak-anak makan baru kami singgah di Petronas makan dalam kereta.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota marudu sebenarnya tidaklah lama dalam dua jam saja tapi sebab kami banyak kali berhenti jam 3 petang baru kami sampai dirumah. Sudah sampai dirumah mama saya tiada pula sebab memang dia tidak tahu kami balik kampung. Saya memang ada banyak kali telefon tapi tidak dapat. Maklumlah di kampung kan susah sikit dapat line telefon. Rumah kami pun berkunci jadi terpaksa tunggu dirumah abang saya dulu. Dalam setengah jam kemudian baru mama saya balik dari ladang jagungnya.

Keesokkan harinya kami pergi Kg Tinagu sebab ada sambutan hari keluarga disebelah bapa tiri saya. Kg Tinagu ni ada dua rumah panjang. Satu rumah panjang ada 14 keluarga yang tinggal. Seronok juga sebenarnya ya, sebab bila ada keramaian tidak sempit sebab dari hujung ke hujung kita boleh guna ruang tamu dia sebab rumah kan bersambung semua sekali. Anak saya yang pertama tidak ingat dunia sudah berlari ke sana ke mari dengan budak - budak yang lain. Anak saya yang kedua tidak mahu berenggang dengan saya takut betul ada orang mahu dukung dia. Sampai kena jemput makan pun payah betul sebab dia mahu kacau makanan.

Husband saya macam biasalah, mungkin boring juga tu sebab tiada orang dia biasa sana tapi nasib baik dia pandai jugalah menyesuaikan diri.

Dalam Jam 3 petang kami beredar dari sana untuk attend cousin saya punya majlis bertunang. Sebenanrnya sebelah tengahari majlis dia tapi tidak sempat kan, jadi yang penting dorang ada nampak muka saya muncul disana kira oklah kan.

Sampai sana punya ramai orang, hampir-hampir saya tidak mahu naik dirumah tapi segan juga, nanti orang cakap sombong pula.

Pada 01 June kami tidak ke mana-mana. Berehat dirumah saja lagipun ramai auntie-auntie saya datang dirumah untuk tengok anak-anak saya. Memang sudah menjadi kebiasaan begitu.

02 June hari ahad pagi kami bertolak dari rumah kira-kira jam 9 pagi. Sampai di Papar jam 2 petang sebab jalan di KK pun Jammed tulah lambat sampai. Tapi kesian pula anak saya balik-balik dari kampung kena selesama dua -dua lagi tu. Malamnya husband saya lagi sakit. Tidak tahu kenapa dorang ni asal balik dari kampung memang sakit. Mungkin sebab cuaca dikampung sejuk, saya pun kurang pasti.

Harap-harap dorang sembuh cepat, kesian betul saya tengok. Kalau boleh biarlah saya yang ganti sakit dorang. Tidak sanggup tengok anak-anak saya dalam kesakitan. Mungkin itulah perasaan ibu yang sayangkan anak.

Okeylah cerita balik kampung cukup sampai disini. Nanti bila ada mood saya cerita pasal kerenah dan ragam anak-anak saya pula.

Wednesday, 15 May 2013

Pengalaman mengandung anak kedua.


Kalau tidak silaplah, saya mengandung anak kedua masa anak saya pertama belum pun sampai satu tahun. Masa birthday anak saya yang pertama 22.04.2011 saya sudah pregnant masa itu. Mungkin dalam satu bulan tapi saya tidak tahu pun yang saya ppost signatureregnant.

Dalam satu minggu selepas itu saya rasa pening setiap kali dalam kereta waktu balik dari kerja. Mula-mula ingat pening biasa saja. Lepas tu esoknya pun masih lagi pening masa balik, tapi suda tambah pula dengan rasa mual-mual. Husband cakap mungkin ko pregnant katanya. Tp saya pula tidak percaya. Tapi bila sudah satu minggu begitu, saya ambil keputusan untuk beli pregnancy test.

Besok pagi check,  berdebar-debar jugalah. Perasaan pun bercampur baur sebab yalah happy juga klu pregnant lagi, tp risau pun ada juga sebab anak saya yang pertama pun baru satu tahun takut belum cukup kasih sayang untuk dia. Bila check confirm positif, saya tidak tau nak react macamana.

Saya beritahu huby result test, dia cool saja masa itu. Apapun kami terima dengan hati yang terbuka. Sudah God bagi kan....maka bermula lah pengalaman mengandung anak yg kedua. Seperti masa mengandung anak yg pertama juga, alahan tidaklah teruk cuma mual-mual tidak ikut masa. Kadang tengah hari kadang petang. Tapi hanya dalam dua bulan pertama saja.

Mengidam pun rasanya tidaklah seteruk yang pertama tapi baby dalam perut sangat lasak. Terlebih aktif. Ada masanya tidur pun tidak selesa. Tapi ada beberapa persamaan juga dengan anak yang pertama seperti saya kepanasan waktu malam, saya aktif kerja cuma awal -awal bulan saja ada rasa malas sikit.

Untuk baby yang kedua ni, my mum tidak bagi saya minum susu. Katanya nanti terlebih besar tu baby macam anak saya yang pertama takut susah bersalin. Tapi actually menyesal juga tidak minum susu sebab sekarang anak saya tu kecil saja cuma badan dia agak padat dan memang sangat aktif.

Bila ada appointment diklinik tidak ada masalah darah juga. Cuma saya disahkan menghidap 'Hyperthyroid' yang mana simptomnya adalah seperti selalu berdebar-debar, cepat gelabah dan kadang-kadang tangan menggeletar.

Saya terpaksa dirujuk ke Hospital Likas untuk pengesahan dan ternyata memang betul saya ada 'Hyperthyroid'. Saya diberi ubat 'Carbimazole' yang saya perlu makan dua biji sehari untuk mengelakkan baby terkena sama.

Ketika kandungan mencecah lapan bulan, doktor memeriksa kedudukan bayi, saya terkejut sangat-sangat bila doktor tu inform yang posisi baby saya songsang. Sedangkan sebelum itu kedudukan bayi berada dalam posisi normal.

Doktor beritahu saya terpaksa dirujuk ke Hospital pakar iaitu di Hospital Likas sekali lagi bila kandungan saya mencecah 9 bulan sekiranya posisi baby masih tidak berubah. Saya sangat susah hati masa itu sebab sekiranya masih songsang mungkin pembedahan perlu dilakukan.

Ketika usia kandungan mencecah 38 minggu, saya sekali lagi datang appointment di Hospital Papar untuk check kedudukan bayi sebelum ke Hospital Likas keesokan harinya. Doktor yang check mengesahkan kedudukan bayi masih lagi songsang. Kata Doktor tu mungkin saya perlu berkomunikasi dengan baby dalam perut minta dia ubah kedudukannya. Agak lucu sebenarnya tapi itulah yang saya cuba sepanjang malam.

Satu malam saya tidak berapa dapat tidur sebab saya bercakap-cakap dengan baby dalam perut minta dia ubah kedudukan. Keesokannya, kami menuju ke Hospital Likas. Doktor yang periksa beritahu sekiranya kedudukan masih songsang saya terpaksa ditahan dalam wad dan prosedur untuk memusingkan baby akan dibuat keesokan hari dan kami diminta untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Sekiranya sewaktu proses memusingkan baby ada bleeding ataupun ada komplikasi dorang akan buat pembedahan serta merta untuk mengelakkan baby lemas dalam perut. Saya tidak henti-henti pray dan bercakap dengan baby masa itu dengan suara yang macam nak nangis pun ada.

Doktor suruh baring dikatil yang disediakan, lalu meletakkan scan atas perut. Dia pusing-pusingkan scan tersebut sebelum dia berhenti lepas tu dia tengok muka saya dan husband saya. Saya yang sedang berdebar masa itu tengok riak muka doktor yang sedang tersenyum.

Doktor tu cakap 'Puan tidak perlu risau, baby sudah berpusing ke kedudukan normal." Katanya. Wah bukan main gembira lagi saya. Tapi saya bagitahu doktor "kelmarin doktor di Papar bagitahu baby masih songsang."  Dia hanya senyum. "Mungkin Baby dengar Puan bercakap dengan dia"

Saya usap perut perlahan-lahan. Sambil cakap "Thank you baby dengar cakap mummy."

Berdasarkan dua pengalaman berbeza iaitu dari pengalaman bercakap dengan baby dalam perut masa anak pertama dan kedua ini, saya buat satu kesimpulan bahawa baby dalam kandungan kita sememangnya boleh mendengar kata-kata kita. Dorang juga boleh merasa keresahan kita melalui degupan jantung si ibu.

Nasihat saya kepada ibu-ibu muda diluar sana, bercakaplah sekerap yang boleh dengan bayi dalam kandungan. Percayalah mereka boleh mendengar apa yang kita katakan. Selamat Mencuba! Be Happy to be a future mother!

Thursday, 9 May 2013

Princess ku Sudah 3 Tahun

post signature

Pada 22.04.2013 yang lalu, anak saya yang pertama genap umurnya 3 tahun.

Tidak sangka masa berlalu begitu cepat. Semacam baru semalam saya membawanya dalam perut ke hulu kehilir rupanya dia sudah tiga tahun.

Syukurlah anak saya makin besar, makin petah bercakap, suka bertanya macam-macam. Pandai ikut orang menyanyi dalam tv.

Kadang-kadang suka membuli adik dia. Pening kepala juga tengok kerenah nakal mereka. Tapi dalam dia suka mebuli adik dia, dia pandai back up juga tu...Kalau ada nenek dia tegur adik dia, dia akan menjawab bg pihak c adik. hehehe...comel betul!

Ada masa juga dorang ni terlebih aktif dan telebih nakal. Bila mummynya ini sudah naik darah, suara pun naik volume nak marah tapi boleh pulak adik beradik tu sepakat ketawakan sy....adedeh...mahu marah pun tidak jadi. Tapi kadang-kadang kepala pun macam mau berasap tengok perangai dorang.

Sekarang ni bilik pun tidak pandai stay dalam keadaan kemas. Apa tidak saya sudah lipat bagus2 kain selimut, c adik pula tarik sana, tarik sini.Bantal pun dibuang sana sini...aiii memang panas hati jugalah tapi kalau sudah kelam kabut pergi kerja, selalunya saya biar saja bertaburan sebab kemas pun sama juga.

Apa yang merisaukan saya adalah macamana agaknya saya nak membiasakan mereka menulis ABC dan nombor 123. Sebab sekarang ni anak saya yang pertama susah betul kalau diberi pen,pensil atau colour. Habis kusyen dirumah dia lukis sampai kadang2 saya segan bila mentua saya beritahu kami. Sudah dipesan berkali-kali dengan anak saya pun masih juga begitu.

Sekarang ada kurang sikit lah sebab kami sudah beli satu buku besar untuk dia tulis tapi yang masalahnya c adik pula syok betul kasi koyak buku kakak dia, sampai berterabur satu rumah dengan kertas yang dikoyak kecil-kecil. Itupun saya segan juga sebab bila saya ditempat kerja, mentua saya pula yang terpaksa kasih bersih. haillla...anak-anakku...

Tuesday, 26 March 2013

Running man

post signature


Hai,
Recently saya terr pikat menonton variety show Korea yang dikenali sebagai Running Man ni.

Mula mula tengok kawan jer melayan Running Man ni, lama2 dah terjangkit virus Running Man ni juga. Rupanya dah banyak episode dia, sekarang ni dah sampai episode 187.

Start tengok dari episode 90 sebenarnya. Pastu tak puas hati pula kalau tidak tengok dari mula kan...jadi bermula lah saya tengok secara marathon dari episode 1 sampai 90 balik.

Oleh kerana setiap minggu hanya satu episode yang keluar, jadi kenalah menunggu setiap minggu tapi best juga perasaan bila kita tahu ada something yang kita nak tunggu ni.

Bila kerja bertimbun timbun dan otak pun tidak berapa jalan, itulah masanya tengok Running Man masa rest di office tidak kiralah episode lama ker baru saya tetap akan tengok juga. Yang penting boleh ketawa dan hilangkan stress.

Untuk mereka yang belum lagi pernah tengok Running Man ni dan tertanya tanya apa sebenarnya show ni bolehlah try2 tengok yer!

Tapi ini cuma saranan sajalah, cos tidak semestinya apa yang saya suka tengok, korang pun suka kan....

Terpulang pada citarasa masing masing sebenarnya.

Saya juga terfikir nak share Top 10 Running Man episode yang saya suka. Saya akan buat post ni lain kali yer...

For now itu sajalah....oh before I forgot, if you happen to love watching Korean or Japanese drama you can go to www.dramago.com.

Banyak drama yang menarik disana. Boleh tengok secara online juga.

Until then guys...! :)





Thursday, 28 February 2013

Belajar Menulis Cerpen

post signature

Hai semua,

Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang saya belajar menulis cerpen. Hehe.. lawak sebenarnya apabila sy yang gila membaca novel dan cerpen ni tiba-tiba beralih minat dari 'membaca' kepada 'menulis'.

Rupa-rupanya bukan senang ya nak tulis cerita ni, satu cerpen saya ambil masa dekat sebulan juga nak siapkan. Ini baru cerpen, kalau novel, mungkin setahun pun tidak siap hahaha!!

Selama ini sy aktif sangat mengkritik karya orang, kata cerita klise lah, atau boring lah, atau plot tidak dikembangkan dengan baiklah...huh macam-macam komen. Tapi bila buat sendiri, terkena pada hidung sendiri, lawak betul!

Sebenarnya kalau nak tulis sembarangan cerita saja, mungkin tidaklah susah. Tapi kalau nak tulis cerita dengan tujuan kita nak pembaca tertarik dengan cerita yang kita tulis, fuhhh!! susah betul. Terkial-kial jugalah saya ni menyusun ayat, apatah lagi dah lama sangat tinggalkan zaman sekolah. Grammar pun bertaburan, tak tahu nak tempatkan ayat yang betul kat mana.

Tapi apapun menulis ni sebenrnya fun juga. Boleh berimaginasi membayangkan watak-watak ciptaan kita sendiri..hehehe...kadang-kadang saya tersenyum sendiri. Apapun saya menulis untuk melihat sejauhmana kebolehan saya (ceeewah!!) dan untuk hilangkan stress dan boring. Mana tahu boleh jadi penulis terkenal...hahahaha!!!

Lets see....tips yang saya boleh kongsi cara menulis cerpen ni....Kita harus tahu sediakan

1) Plot cerita ~ Maksudnya  jalan cerita cerpen kita samaada kisah percintaan yg terpisah kah, kisah cinta dua tiga segi kah, atau apa2 lah, yang penting kena ada 'plot cerita'.

2) Watak ~ Watak ni mesti lah of course ada kan, cos klu tiada watak macam mana nak tulis cerita pula. Bagi saya sebaiknya untuk orang yang pertama kali tulis cerpen, jangan wujudkan watak terlalu ramai nanti susah nak tentukan karakter masing-masing.

3) Dialog/Monolog ~ Cara menjelaskan secuatu cerita ni, kita kena buat dua cara sama ada secara dialog atau monolog. Ada pembaca suka cerita yang monolog panjang2 dan ada juga yang tidak suka. Dua2 cara ni kita guna dalam penulisan tapi janganlah pula cerita tu meleret-leret. Kadang-kadang ada dialog yang diwujudkan dalam cerita tidak menyumbang apa2 point pun dalam cerita. Ini kadang2 buat pembaca boring nak baca cerita kita.

4) Ending~ Setiap yang bermula pasti berakhir, begitu juga dengan cerpen. Fikir dan rangka macam mana nak buat ending cerita anda. Selalunya orang mahu yang happy ending lah tapi depends juga sama penulis dia nak tulis camana...

Okeylah setakat ini saja saya boleh kongsi sebab saya pun baru belajar, kalau ada yang korang tak setuju minta maaf lah yer. Sharing ni dari pengalaman saya sendiri lagipun saya tidak tahu nak explain macam mana hihi jangan marah u olls...

Friday, 1 February 2013

Kejayaan dalam kehidupan



Pernahkah kita terfikir apakah maksud kejayaan bagi kita ataupun dalam kehidupan kita seharian? Sesetengah orang berkata kejayaan itu bermaksud berjaya dalam kerjaya, berjaya mencapai cita2 mereka dan ada juga yg berkata apabila mereka banyak duit atau kaya. Itu kata mereka, apa pula kata diri kita sendiri. Bagi saya personally kejayaan itu bermaksud kita berjaya dalam mengendalikan kehidupan yang kita hadapi sehari hari dalam dunia ini.

Kejayaan dalam kerjaya tidak semestinya memberikan kegembiraan atau kebahagiaan dalam diri kita, kadang2 ada orang rasa terbeban dengan kerjaya yang dimilikinya, begitu juga dengan kekayaan, akan ada rasa insecured apabila kita terlalu kaya. Jadi point atau kesimpulan yg cuba disampaikan adalah,  kejayaan ini ada banyak maksudnya, dan bagi saya, saya rasa sgt bersyukur kerana berjaya dalam mengendalikan kehidupan saya sehari-hari, ada kerjaya biarpun gaji tidaklah sebanyak org lain, ada keluarga yang dilengkapi kehadiran anak-anak, ada suami yg sangat penyayang dan memahami. Saya juga dapat mengawal alir masuk kewangan dalam kehidupan kami.

Tidak kaya dan tidak juga miskin..maksud yg lebih jelas adalah hidup sederhana dan tidak lah sampai berhutang dengan “along’ ataupun  dengan orang lain, sekadar memadai untuk mencukupi hidup seharian.

Apa yg berlaku diluar sana, ramai orang berasa sgt megah dengan kerjaya yang dimiliki tapi selalunya gagal dalam kehidupan rumahtangga dan yang paling sadis sekali punya kerjaya yang baik, gaji yg tinggi tapi masih lagi mengalami masalah kewangan… adakah ini bermaksud kejayaan?

Ada juga yang punya kerjaya, harta dan rupa, pasangan hidup yg lawa ataupun handsome, tapi di duga pula dengan kesusahan mendapat cahaya mata. Akhirnya rumahtangga yang dibina berantakan, kasih sayang dan cinta yang diucap entah dibuang kemana…haishh macam macam hal..

Lepas tu ada lagi kes, yang semua dia ada, kerjaya, harta, keluarga bahagia tapi hidup tidak berlandaskan tiang agama. Adakah itu bermaksud kejayaan bagi kita? Jawapan ada pada diri kita masing-masing. Bukan orang lain yang menilai tapi diri kita sendir yang merasa. Apa yang kurang kita perbaiki apa yang lebih kita syukuri.

Fikirkan tentang perkara ini, adakah kita berjaya atau tidak terpulang kepada individu masing-masing. Jangan terlalu ego bila berada dipuncak kejayaan, semua yang kita miliki ini hanyalah dipinjamkan Tuhan untuk sementara waktu sahaja.

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

My Princess - Anella

Saya dijangkakan bersalin pada 7 Mei 2010. Semasa kandungan saya memasuki usia 9 bulan, saya selalu bercakap dengan baby dalam perut saya supaya dia lahir ketika ada daddynya dan kalau boleh pada hujung minggu.

Pada malam 21hb April 2010, saya merasa tidak begitu selesa semasa tidur. Kerap betul  mahu ke tandas membuang air kecil. Keadaan itu berterusan sehingga jam 3 pagi, tapi saya tidak pula terfikir yang itu adalah tanda-tanda mahu bersalin. Sehinggalah  jam 6 pagi itu 22hb April 2010 (Sabtu), ketika ke tandas saya baru sedar ada tompokan darah diseluar biarpun bukan dalam kuantiti yang banyak tapi wow, cukup membuat saya cemas masa itu.

Saya bergegas ke bilik, beritahu husband saya yang tanda-tanda bersalin sudah ada. Tapi dia dengan selambanya suruh saya tidur balik.Aduhai la...Encik husband ku ini….Saya tidak peduli apa dia nak buat masa itu, saya bergegas mandi, check semua pakaian yang mesti saya bawa ke hospital termasuk baju baby, baju saya dan kad klinik. Setelah siap mengemas barulah saya telefon my mum, wahh bukan main panic lagi dia masa itu.

“Pergilah hospital cepat, jangan tangguh2 lagi. Jalan sekarang!” Lebih kurang begini arahan mama saya, rasa lucu pun ada juga tapi memang saya pun tengah panic masa itu hehehe…

Dalam Jam 7 pagi my husband pun sudah bersiap, rupa2nya dia juga panic macam saya sampaikan dia tidak tau nak buat apa dulu. Maklumlah anak pertama dua2 tiada pengalaman. Bila ibu mertua saya tau yang tanda2 bersalin tu sudah ada, dia pun berpesan supaya kami ke hospital dengan segera.

Kami bertolak dari rumah kira-kira jam 7.30 pagi. Saya bercadang untuk bersalin di Hospital Likas sebab ramai kawan2 yang recommend disana. Dalam perjalanan kami sempat singgah untuk breakfast tapi saya tidak lah makan banyak, lagipun mana ada selera makan lagi kalau contraction pun sudah start biarpun selang masa sakit tu masih agak panjang.

Sampai di Hospital Likas kami terus mendaftar, dan saya diarahkan untuk memakai baju yang disediakan oleh pihak hospital. Selepas selesai sesi check berat badan, air kencing barulah doctor datang untuk periksa bukaan cm. Part yang ini aduh.. rasa malu pula nak ingat. Kalau dah namanya check ‘cm’ semua yang sudah jadi ibu2 pun tahu macamana procedurnya yerr…buat2 tak tau jer masa itu padahal malu tahap gaban hahaha…

Doktor inform bukaan baru 2cm jadi saya dipindahkan dalam wad dulu. Masa itu nasib juga ada kosong dibahagian VIP room jadi kami minta untuk ditempatkan disana. Harga memang ada mahal sikit lah tapi sekurang-kurangnya husband saya boleh menjaga saya ketika  menunggu untuk  dimasukkan ke dalam ‘Labour Room”.

Saya tidak pernah terfikir yang contraction itu akan berlaku begitu lama, dari pagi hingga ke tengahari bukaan hanya 5 cm. Tapi syukur juga saya masih lagi boleh berjalan-jalan mengelilingi bilik sampai husband pula yang naik pening tengok saya sebab masa itu saya tidak selesa untuk baring. Makan pun tidak selesa sebab contraction mula makin kerap. Jadi saya hanya minum sup yang disediakan oleh pihak hospital sahaja.

Petangnya kira2 jam 6 petang ibu dan bapa mertua saya datang melawat. Dorang bawa sup ayam.Hmm…sedapnya tapi sekali lagi saya hanya dpt minum supnya saja sebab setiap kali nak makan rasa nak termuntah pula. Masa itu kesakitan dari pinggang mula menjalar dibahagian paha tapi still control lah depan mentua beb…takkan nak meraung pula kan…hish memalukan jerr…and of course saya masih lagi dalam posisi duduk. Mmg langsung tak boleh berbaring tak tau lah kenapa. Rasa lebih selesa berjalan ataupun duduk.

Kira-kira Jam 9 Malam, contraction makin kerap, mungkin dalam setiap 5 minit atau 3 minit. Masa ini saya rasa nak meneran pun ada sudah tapi nurse belum pun pergi check saya. Saya minta husband inform nurse, then bila dorang check bukaan sudah 8 cm masa itu. Tapi saya bukan dimasukkan terus ke dalam wad bersalin sebab masa itu belum ada kosong. Ramai betul orang nak bersalin…hehe…

10 minit kemudian barulah saya dimasukan kedalam wad bersalin, tapi sebelum itu nurse tu sempat berpesan supaya minta restu dari husband dulu…ceh! malu dan terharu pula saya masa itu. Dalam masa yang sama sebak pun ada bila My Hubby bisik kat telinga saya…’I’ll pray for u and baby, dun worry, the angel will be with you’ ahhhh…rasa nak nangis masa itu tapi dlm masa yg sama  sedang menahan rasa nak teran juga…

Sampai di wad bersalin selepas pasang macam-macam kat perut, nurse pun sudah sediakan gunting, pisau jarum dan macam2 lah saya pun tak peduli dah masa itu, cos  sibuk sgt nak control tu perasaan nak teran cos bukaan baru 9 cm, nurse tak bagi teran. Rasa nak kencing pun ada nak buang air besar pun ada juga tapi nurse tak bagi pergi tandas aduhai….sampai satu tahap yang tak boleh ditahan sudah saya bagitahu dengan nurse yang saya nak push sekarang juga, masa tu bukaan baru 9.5cm…Nurse cakap oklah kalau rasa nak teran, skrg boleh teran…..Sempat lagi saya tanya “nurse, macamana mau teran ni?” nurse tu senyum dia cakap “Teran macam nak buang air besar”…erkkk..ya ker??

Push kali pertama, belum keluar lagi, nurse tu ckp, cara teran tu dah betul. Push kali kedua pun masih lagi belum keluar. Bila dorang check jantung baby, katanya makin lemah. Apalagi saya ni terus panic, push kali ketiga saya teran kuat-kuat and tadaa!! baby keluar tepat jam 11.02 malam. Rasa sangat-sangat lega masa itu. Nurse potong tali pusat pas tu kasi keluar tembuni. Pada masa tu, saya dah tak peduli lagi apa dorang nak buat, yang saya tahu baby sudah keluar sudah buat saya sangat lega and happy.

Nurse ada suruh tengok muka baby sebelum dibawa untuk mandi, wah! comel sangat baby perempuan saya, and…yang saya paling ingat rambut dia lebat sangat hehe…berat dia 2.95kg. patutlah mamanya besar semacam je masa mengandung, kuat makan lagi heee……Begitulah kisahnya saya bersalin anak pertama, exciting moment and macam-macam perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Sesungguhnya melahirkan seorang bayi itu memberi keinsafan kepada diri kita betapa agungnya kuasa Tuhan dan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.

Bayi kami yang pertama ini, kami namakan dia ‘Anella’ yang bermaksud ‘Follower of the light or Angel’.

Gila Novel

Kadang2 sy sgt risau dgn hobi sy yg satu ini. Orang lain membaca ikut masa lapang, tapi sy pula lain keadaanya. Tidak kira pagi ke, malam, petang selagi buku yg sy sdg baca belum habis, selagi itulah sy tidak boleh stop membaca...aduhaiii...kdg2 sudah pening2 pun, masih lg mata tu melekap dibuku.

Selalunya satu saja cara utk sy stop, habiskan dahulu buku yg sdg dibaca dan jangan start baca sebarang cerita. Kalau nak baca juga, baca yg cerpen saja cos ini cerita yg habis terus. Tiada bab 1 ker bab 2..Kalau baca novel confirm tidak akan boleh berhenti.....

Sy kdg2 wonder juga kalau ada pembaca lain yg macam sy ni.Terlalu obses dgn novel. Entah dah berapa ratus cerita yg sy sudah baca....mungkin jg sudah sampai satu ribu. Kdg2 bila tengok balik cerita yg ada di penulisan2u.com, rata2 ceritanya semua sy sudah baca, kecuali yg tdk berapa bestlah cos sy ni kira cerewet jg kalau membaca. Start dari bab 1, klu cerita tu menarik dan tdk boring sambunglah baca smpai bab seterusnya, klu membosankan dan bikin tidur tak pyh buang masa nak baca.

Kadang2 ya sy tengok ramai penulis baru yg mahu menulis tapi terlalu terikut ikut dengan cara penulisan orang lain, terlalu klise...kalau mcm sy ni yg memang gila novel cepat saja boring baca cerita yg begini. Haisshhh rasa  nak marah dengan penulis lah pula....adehh...

Sy harap2 lah kan, boleh control sikit 'kegilaan' membaca novel ni, nnt family x terurus pula gara2 c mummy yg gila membaca novel. Mr hubbyku ckp eh, drpada ko membaca novel hari2 bagus ko tulis novel ko sendiri....hehe....entahkan dapat sy menulis novel sendiri, susah betul otak sy mahu mengeluarkan ayat2 cinta. Idea tu bnyk, tp hurmm entahlah...tunggu dan lihat sajalah jawapannya....