Pernahkah kita terfikir apakah maksud kejayaan bagi kita ataupun dalam kehidupan kita seharian? Sesetengah orang berkata kejayaan itu bermaksud berjaya dalam kerjaya, berjaya mencapai cita2 mereka dan ada juga yg berkata apabila mereka banyak duit atau kaya. Itu kata mereka, apa pula kata diri kita sendiri. Bagi saya personally kejayaan itu bermaksud kita berjaya dalam mengendalikan kehidupan yang kita hadapi sehari hari dalam dunia ini.
Kejayaan dalam kerjaya tidak semestinya memberikan kegembiraan atau kebahagiaan dalam diri kita, kadang2 ada orang rasa terbeban dengan kerjaya yang dimilikinya, begitu juga dengan kekayaan, akan ada rasa insecured apabila kita terlalu kaya. Jadi point atau kesimpulan yg cuba disampaikan adalah, kejayaan ini ada banyak maksudnya, dan bagi saya, saya rasa sgt bersyukur kerana berjaya dalam mengendalikan kehidupan saya sehari-hari, ada kerjaya biarpun gaji tidaklah sebanyak org lain, ada keluarga yang dilengkapi kehadiran anak-anak, ada suami yg sangat penyayang dan memahami. Saya juga dapat mengawal alir masuk kewangan dalam kehidupan kami.
Tidak kaya dan tidak juga miskin..maksud yg lebih jelas adalah hidup sederhana dan tidak lah sampai berhutang dengan “along’ ataupun dengan orang lain, sekadar memadai untuk mencukupi hidup seharian.
Apa yg berlaku diluar sana, ramai orang berasa sgt megah dengan kerjaya yang dimiliki tapi selalunya gagal dalam kehidupan rumahtangga dan yang paling sadis sekali punya kerjaya yang baik, gaji yg tinggi tapi masih lagi mengalami masalah kewangan… adakah ini bermaksud kejayaan?
Lepas tu ada lagi kes, yang semua dia ada, kerjaya, harta, keluarga bahagia tapi hidup tidak berlandaskan tiang agama. Adakah itu bermaksud kejayaan bagi kita? Jawapan ada pada diri kita masing-masing. Bukan orang lain yang menilai tapi diri kita sendir yang merasa. Apa yang kurang kita perbaiki apa yang lebih kita syukuri.
Fikirkan tentang perkara ini, adakah kita berjaya atau tidak terpulang kepada individu masing-masing. Jangan terlalu ego bila berada dipuncak kejayaan, semua yang kita miliki ini hanyalah dipinjamkan Tuhan untuk sementara waktu sahaja.

No comments:
Post a Comment