Wednesday, 21 November 2012

Pengalaman Mengandung Anak Pertama


Kami berkahwin pada 25.10.2008 di Gereja St Theresa Kota Marudu dan  kemudian Babad Reception dikampung hubby saya di Kg. Biau Papar. Setelah bertunang selama 2 tahun maka hari bersejarah itu berlangsung juga…chewah!!

Oleh kerana saya berkerja di KK, jadi kami keputusan untuk tinggal dirumah mentua saya di Papar. Selepas berkahwin, rasanya semua yang bergelar isteri ini tentunya menginginkan zuriat tidak juga terkecuali saya. Hari demi hari saya berdebar menunggu mana tau tiba2 terpening ker, atau loya2 atau tiba2 rasa mengidam tapi tak derr pun. My mum pula tidak habis2 telefon bertanya sama ada sudah ada tanda-tanda pregnant ker atau macamana. Huhu….

8 bulan saya menunggu, setiap bulan beli pregnancy test tapi resultnya asyik negative jerrr,.haishhh stress betul masa itu, takut jg klu ada masalah kan…tapi “En suamiku” mmg lah sabar orangnya…Dia relaks jerr, katanya, tak perlulah gelabah sgt, kita kan baru jer kahwin, ada org yg kahwin bertahun-tahun pun belum dapat anak lagi…apalagi yg kita ni baru 8 bulan kahwin. Hmm…betul lah tu…tapi masalahnya saya ni yg tak boleh tunggu…hehe…

1 Minggu sebelum birthday saya yg ke -26, saya check calendar and “ehhhh saya belum period lg” Hati dah berbunga-bunga masa itu, klu boleh masa itu juga nak beli pregnancy test tapi “Mr Hubby” cakap sabar dlu, tunggu dlm satu minggu ni. Ok! Saya pun tunggu  jer lah. Pagi 02.09.2009 saya dah berdebar-debar, dengan pregnancy dlm tangan saya gagahkan diri pergi ke tandas dan buat ujian….sesaat, dua saat,  keluar satu garis, then tiba2 keluar lagi satu garisan. Wahhh!! Hati saya masa itu tidak terkira gembira, saya berlari ke bilik dan tunjuk result tu dgn hubby saya. My hubby pun senyum lebar, rasa bahagia sangat masa itu. Itulah hadiah Birthday yg paling berharga bagi saya.

Sepanjang tempoh mengandung saya sangat bersyukur sbb tidak mengalami alahan yg teruk, sampaikan mentua saya tidak percaya saya sedang mengandung masa itu. Cuma ada loya-loya  dalam awal bulan pertama saja. Lepas tu tak der langsung Cuma selera makan yang makin menjadi-jadi, asyik nak makan saja mcm tidak reti nak kenyang .

Ketika mendaftar diklinik Biau, masalah pertama yang saya hadapi adalah kurang darah. Bacaannya Cuma 8.8 saja. Huhu…. rendah sgt, kata nurse tu bacaan normal adalah 10.0, di bawah 10.0, maksudnya saya harus ke Hospital untuk check darah setiap bulan sama ada terdpt peningkatan ataupun sebaliknya. Saya dibekalkan ubat tambah darah, setiap bulan…Syukur juga saya bukan jenis org yg liat mkn ubat.

Akhirnya ketika kandungan saya 5 bulan, bacaan darah pun suda 10.0 ke atas, jd tak perlu dah berulang alik ke hospital. Hanya dipantau oleh Nurse  setiap kali ada  appointment klinik.

Rasanya setiap ibu yg mengandung pula tidak terlepas dengan rasa mengidam. Ketika mengandung anak pertama saya masa itu, makanan pertama yang saya rasa nak makan adalah labu kuning yang harus digoreng. Jadinya My Hubby bawalah pergi bazaar masa itu kebetulan bulan puasa tapi yang ada dijual disana hanyalah labu kuning yg dimasak sup berserta santan. Huuu….kecewa sungguh saya masa itu, nasib lah juga mentua saya baik hati pergi pasar cari labu kuning dan masak untuk saya seperti yang saya mau….

Lepas tu saya mengidam mee hun sup ayam dan macam2 lagi. Saya pun tak berapa nak ingat dah…. Banyak betul yang saya nak makan, actually yg lain tu bukan lah saya mengidam sgt pun, cuma nafsu makan jerr…tak boleh nak control…heee…time mengandung nilah masa untuk memanjakan diri dgn makanan.Tapi jangan lah over sgt yerrr..nnt susah nak turunkan balik berat badan.

Secara peribadi bagi saya, masa mengandung adalah masa yg sangat2 membahagiakan. Apabila kita sedar ada nyawa yang sedang membesar dalam perut kita, kecekalan makin bertambah, kematangan diri semakin terasa, kebahagiaan juga melimpah-limpah. Nasihat saya pada mereka yang belum memperolehi zuriat, bersabar lah… mungkin rezeki yang Tuhan berikan itu belum sampai kepada kita…Kepada yang sedang mengandung, just enjoy the amazing feeling during this time…we are so lucky that God had given us the opportunity to feel the most joyful things in the world by bearing a child. Thank you God!!

No comments:

Post a Comment