'Ditinggalkan kawan lebih sakit dari ditinggalkan boyfriend?'
Pernah dengar ayat ni?
Dulu saya tak faham pun maksudnya..tapi bila dah kena pada diri sendiri baru faham sedalam dalamnya...
Kawan adalah orang yang paling rapat dengan kita. Bila gaduh atau sakit hati dengan boyfriend atau suami atau sesiapa saja, kawan lah tempat kita meluahkan perasaan. Jadi rasa sakit hati tu tak lah teruk sangat sebab ada orang nak kita berkongsi rasa.
Tapi apabila kawan itu sendiri yang menyakiti hati kita, meninggalkan kita, kita akan rasa keseorangan tiada tempat untuk berkongsi rasa. Mungkin sebab itulah orang ckp disakiti kawan lebih sakit dari disakiti kekasih.
Saya pernah ada kawan. rapat. Sangat rapat. Berkongsi cerita suka dan duka. Berjalan ke mana mana bersama. Dan saya sangat sayangkan dia. Entah kenapa, saya juga ada rasa nak melindungi dia. Mungkin sebab saya tidak ada adik perempuan. Bila ada orang nak main2 kan dia, saya rasa marah. Orang nak buli dia, saya yang sakit hati. Rasa nak marah kepada pembuli tu. Orang nak sakitkan hati dia, saya yang menjawab dulu.
Kalau boleh saya nak lindungi dia. Saya nak berkongsi detik2 gembira dengan dia. Saya nak dia bahagia. Begitulah perasaan saya dan ini kali pertama saya berperasaan sebegini kepada seorang yang dipanggil kawan.
Dia terlalu istimewa pada saya ketika itu.
Tapi....
Perasaan terlalu sayang, dan terlalu percaya saya itu akhirnya memakan diri saya sendiri. Bila dia dah jumpa kawan baru yang mungkin dia rasa lebih serasi dengan dia, dia dah jarang meluangkan masa bersama saya.
Saya sangat kecewa dan terluka. Sangat sakit hati...lama jugalah saya dalam keadaan terluka dan rasa kehilangan seseorang kawan yang istimewa.
Dan akhirnya saya tersedar, itu semua adalah salah saya sendiri. Love too much is painful! Saya perlahan lahan belajar menerima kenyataan yang kami bukan macam dulu lagi. Kenapa saya nak bersedih sedangkan dia gembira dengan kawan baru dia?
Saya mula dapat menerima keadaan itu...rasa sakit hati beransur ansur hilang dan juga perasaan sayang yang melampau lampau tu juga makin berkurangan.
Dari pengalaman ini saya belajar untuk tidak terlalu menyayangi seseorang kawan. Biarlah berkawan berpada pada.
Now I'm trying to prevent myself from loving and adore friend too much or otherwise I'm going to hurt badly..
Sekarang kami dah berkawan balik macam biasa tapi saya dah tak nak terlalu close....too close with someone cause a lot of pain. Just kawan yang macam biasa sajalah...ada peribahasa mengatakan cermin yang dah retak, kalau dilekatkan balik pun tidak akan sama dengan keadaan sebelumnya... Dats what I feel.
Trauma? Hurm...mungkin juga, saya tidak mahu sakit hati lagi.Cukup2 lah tu...
Saya masih ada dua orang lagi kawan tapi taklah rapat sangat macam kawan yang saya cerita ni.
Sekarang saya lebih banyak luangkan masa dengan yang dua orang lagi ni..saya hormati dorang, suka share cerita dengan dorang cuma taklah ada timbul rasa terlalu sayang lagi.
Takut pisang berbuah dua kali...sekali pengalaman begitu sudah cukup.
Itulah orang cakap nak buat apa pun kenalah berpada pada...dun love too much, now I understand that statement perfectly!
I understand deeply truly,
that LOVE TOO MUCH, TRUST SO MUCH, HOPE TOO MUCH CAN BADLY HURT ME SO MUCH!!!
No comments:
Post a Comment