Tuesday, 25 February 2014

Apa yang Penting dalam sesebuah drama?

post signature

Makin hari makin banyak benda yang saya rasa nak cerita disini, cuma biasalah tidak sempat nak tulis semuanya sekali.

Bila idea nak tulis tu datang, masa pula tidak sesuai. Kdg2 sedang makan atau sedang mandi, masa tu lah idea nak keluar melimpah-limpah...isk isk...bila dah ada masa nak tulis, otak pula jadi blank...

Oleh kerana saya masih lagi dengan demam drama ni, maka terkeluarlah cerita pasal drama lagi. Banyak tengok drama ni, membuatkan saya berfikir, apa sebenarnya yang menyebabkan sesebuah drama tu diminati penonton atau disukai penonton.

Melalui pemerhatian saya drama ni kalau barisan pelakon dia popular pun, tidak semestinya disukai penonton. Jadi kalau bukan sebab populariti seorang pelakon apa yg menyebabkan drama tu sendiri menjadi sebutan ramai?

Ini adalah satu kesimpulan yang saya dapat buat. Drama atau filem memerlukan storyline yang kuat, yang teratur, menarik dan mampu membuatkan penonton nak tahu apa yang akan berlaku dalam episode seterusnya...macam juga bila kita nak tulis novel, pastikan anda timbulkan  rasa ingin tahu pada pembaca supaya mereka terus membaca cerita tersebut.

Jadi maksudnya, perkara yang paling penting dalam sesebuah drama itu adalah 'jalan cerita dia' which is screenwriter memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah drama. Kalau pelakon tu tidak popular pun tapi jalan cerita bagus pasti mendapat sambutan penonton.

Bayangkan lah bertapa payahnya kerja penulis screen. Dia kena siapkan semua jalan cerita itu sendiri tp satu drama tu dilakonkan oleh banyak pelakon...maksud saya disini berbanding pelakon, sebenarnya kerja penulis itu lagi susah...dia kena siapkan cerita tu seorang diri tp dilakonkan oleh banyak orang..

Apa yang saya cuba sampaikan adalah mereka yang berkerja dibelakang tabir ni patut diberi banyak penghargaan...tapi apa yg saya tengok award untuk golongan mereka yang berkerja dibelakang tabir ni sangatlah kurang...

Bukankah tidak adil bagi mereka yang turut sama berkerja keras dalam menyiapkan sesebuah drama, mana nak shoot scene dari pelbagai sudut, nak sediakan dialog dalam lakonan ,  nak edit, nak uruskan pelakon yang cerewet lagi...tapi pelakon yang dapat nama dengan macam2 award...

Macam drama yang saya sedang tengok sekarang ni 'My love from another star' drama Korea, memang barisan pelakon dia hebat2 belaka dan drama ni juga disukai penonton sebab jalan cerita dia menarik, cara suntingan yang luar biasa...dia tidak siarkan cerita tu macam dari huruf A to Z. Tp mula dari huruf G contohnya...pergi A baru pergi Z. Tp in the end of the story, penonton masih boleh memahami cerita satu episode tu. Itu yang saya panggil back and forward storytelling...sangat menarik!

Cara shoot drama tu pun rasanya memainkan peranan yang sangat penting. Bila director boleh shoot lakonan tu dari pelbagai sudut, ini lagi menambah 'feel' dalam cerita tu. Susah nak terangkan macamana tapi saya rasa pengarah drama atau filem kita di Malaysia ni,  patut belajar cara pengarah dari luar negara membuat drama atau filem dorang.

Selalu saya dengar orang-orang seni kita cakap 'sokonglah filem atau drama tempatan'. Of course kita nak sokong keluaran drama orang kita sendiri tapi mereka juga kenalah keluarkan cerita yang worth untuk ditonton. Kalau baru episode satu pun dah nampak 'boring' macamana lah penonton tak lari pergi tengok drama negara orang lain. Nak minta penonton menyokong drama tempatan, mestilah kena buat drama menarik kan...



No comments:

Post a Comment