Tapi sebenarnya bukan nak tulis pasal review movies tu cuma nak tulis pasal blog dan kehidupan kita manusia biasa di bumi ini.
Pasal blog....
Saya nampak orang buat blog ni ada mcm2 cara. Tapi saya pula lain ceritanya. Blog ni mcm lebih kurang macam diary la sebab saya suka meluahkan, menceritakan perihal benda yg berlaku pada saya or yang berlaku disekeliling saya.
Mungkin juga orang akan cakap saya syok sendiri atau suka mendedahkan cerita hidup sendiri. Tapi sbnrnya saya suka berkongsi dgn orang cerita dan pengalaman yg saya lalui dalam hidup saya. So maksudnya kalau anda atau sesiapa yg terjumpa or terbaca post dr blog ini dan anda rasa yg saya tulis disini mengarut minta maaf dan sila beralih ke blog yang lain yerr....
Pasal kehidupan....
This is what I'm thinking right now 'how's our life will fall down easily'..
melihat pada kehidupan yg kita lalui di zaman yg modern dan Serba canggih ni...sangat menyedihkan apabila nyawa manusia seolah olah tidak berharga lagi. Orang bunuh membunuh sana sini tanpa ada sikap perikemanusiaan. Semakin modern teknologi kita, semakin terkikis kewarasan manusia.
Tiada lagi belas kasihan, tiada simpati, sikap hormat antara satu sama lain makin hilang. Apa sebabnya? Saya juga tertanya tanya. Apa ya yg menyebabkan manusia berubah sebegitu drastik. Ada yg sanggup buat jenayah mcm2, mencuri, menipu, menjual organ manusia dan yg paling sedih menjual manusia pun ada juga. Penderaan ada d mana- mana, penyakit macam2 Jenis pun ada. Yg dibunuh ada yg membunuh diri sendiri juga banyak.
Mungkinkah kita diambang akhir dunia??
Saya tiada jawapan yang pasti dan mungkin anda juga tiada jawapan. Kita berserah dan berdoa kepada Tuhan sebab sesungguhnya apa yang kita miliki, kita lalui, semuanya dalam rencana Dia Yang Berkuasa diatas Langit Dan Bumi ini.
Persoalan kita, saya pasti Tuhan ada jawapannya....
No comments:
Post a Comment