![]() |
| My Princess - Anella |
Saya dijangkakan bersalin pada 7 Mei 2010. Semasa kandungan saya memasuki usia 9 bulan, saya selalu bercakap dengan baby dalam perut saya supaya dia lahir ketika ada daddynya dan kalau boleh pada hujung minggu.
Pada malam 21hb April 2010, saya merasa tidak begitu selesa semasa tidur. Kerap betul mahu ke tandas membuang air kecil. Keadaan itu berterusan sehingga jam 3 pagi, tapi saya tidak pula terfikir yang itu adalah tanda-tanda mahu bersalin. Sehinggalah jam 6 pagi itu 22hb April 2010 (Sabtu), ketika ke tandas saya baru sedar ada tompokan darah diseluar biarpun bukan dalam kuantiti yang banyak tapi wow, cukup membuat saya cemas masa itu.
Saya bergegas ke bilik, beritahu husband saya yang tanda-tanda bersalin sudah ada. Tapi dia dengan selambanya suruh saya tidur balik.Aduhai la...Encik husband ku ini….Saya tidak peduli apa dia nak buat masa itu, saya bergegas mandi, check semua pakaian yang mesti saya bawa ke hospital termasuk baju baby, baju saya dan kad klinik. Setelah siap mengemas barulah saya telefon my mum, wahh bukan main panic lagi dia masa itu.
“Pergilah hospital cepat, jangan tangguh2 lagi. Jalan sekarang!” Lebih kurang begini arahan mama saya, rasa lucu pun ada juga tapi memang saya pun tengah panic masa itu hehehe…
Dalam Jam 7 pagi my husband pun sudah bersiap, rupa2nya dia juga panic macam saya sampaikan dia tidak tau nak buat apa dulu. Maklumlah anak pertama dua2 tiada pengalaman. Bila ibu mertua saya tau yang tanda2 bersalin tu sudah ada, dia pun berpesan supaya kami ke hospital dengan segera.
Kami bertolak dari rumah kira-kira jam 7.30 pagi. Saya bercadang untuk bersalin di Hospital Likas sebab ramai kawan2 yang recommend disana. Dalam perjalanan kami sempat singgah untuk breakfast tapi saya tidak lah makan banyak, lagipun mana ada selera makan lagi kalau contraction pun sudah start biarpun selang masa sakit tu masih agak panjang.
Sampai di Hospital Likas kami terus mendaftar, dan saya diarahkan untuk memakai baju yang disediakan oleh pihak hospital. Selepas selesai sesi check berat badan, air kencing barulah doctor datang untuk periksa bukaan cm. Part yang ini aduh.. rasa malu pula nak ingat. Kalau dah namanya check ‘cm’ semua yang sudah jadi ibu2 pun tahu macamana procedurnya yerr…buat2 tak tau jer masa itu padahal malu tahap gaban hahaha…
Doktor inform bukaan baru 2cm jadi saya dipindahkan dalam wad dulu. Masa itu nasib juga ada kosong dibahagian VIP room jadi kami minta untuk ditempatkan disana. Harga memang ada mahal sikit lah tapi sekurang-kurangnya husband saya boleh menjaga saya ketika menunggu untuk dimasukkan ke dalam ‘Labour Room”.
Saya tidak pernah terfikir yang contraction itu akan berlaku begitu lama, dari pagi hingga ke tengahari bukaan hanya 5 cm. Tapi syukur juga saya masih lagi boleh berjalan-jalan mengelilingi bilik sampai husband pula yang naik pening tengok saya sebab masa itu saya tidak selesa untuk baring. Makan pun tidak selesa sebab contraction mula makin kerap. Jadi saya hanya minum sup yang disediakan oleh pihak hospital sahaja.
Petangnya kira2 jam 6 petang ibu dan bapa mertua saya datang melawat. Dorang bawa sup ayam.Hmm…sedapnya tapi sekali lagi saya hanya dpt minum supnya saja sebab setiap kali nak makan rasa nak termuntah pula. Masa itu kesakitan dari pinggang mula menjalar dibahagian paha tapi still control lah depan mentua beb…takkan nak meraung pula kan …hish memalukan jerr…and of course saya masih lagi dalam posisi duduk. Mmg langsung tak boleh berbaring tak tau lah kenapa. Rasa lebih selesa berjalan ataupun duduk.
Kira-kira Jam 9 Malam, contraction makin kerap, mungkin dalam setiap 5 minit atau 3 minit. Masa ini saya rasa nak meneran pun ada sudah tapi nurse belum pun pergi check saya. Saya minta husband inform nurse, then bila dorang check bukaan sudah 8 cm masa itu. Tapi saya bukan dimasukkan terus ke dalam wad bersalin sebab masa itu belum ada kosong. Ramai betul orang nak bersalin…hehe…
10 minit kemudian barulah saya dimasukan kedalam wad bersalin, tapi sebelum itu nurse tu sempat berpesan supaya minta restu dari husband dulu…ceh! malu dan terharu pula saya masa itu. Dalam masa yang sama sebak pun ada bila My Hubby bisik kat telinga saya…’I’ll pray for u and baby, dun worry, the angel will be with you’ ahhhh…rasa nak nangis masa itu tapi dlm masa yg sama sedang menahan rasa nak teran juga…
Sampai di wad bersalin selepas pasang macam-macam kat perut, nurse pun sudah sediakan gunting, pisau jarum dan macam2 lah saya pun tak peduli dah masa itu, cos sibuk sgt nak control tu perasaan nak teran cos bukaan baru 9 cm, nurse tak bagi teran. Rasa nak kencing pun ada nak buang air besar pun ada juga tapi nurse tak bagi pergi tandas aduhai….sampai satu tahap yang tak boleh ditahan sudah saya bagitahu dengan nurse yang saya nak push sekarang juga, masa tu bukaan baru 9.5cm…Nurse cakap oklah kalau rasa nak teran, skrg boleh teran…..Sempat lagi saya tanya “nurse, macamana mau teran ni?” nurse tu senyum dia cakap “Teran macam nak buang air besar”…erkkk..ya ker??
Push kali pertama, belum keluar lagi, nurse tu ckp, cara teran tu dah betul. Push kali kedua pun masih lagi belum keluar. Bila dorang check jantung baby, katanya makin lemah. Apalagi saya ni terus panic, push kali ketiga saya teran kuat-kuat and tadaa!! baby keluar tepat jam 11.02 malam. Rasa sangat-sangat lega masa itu. Nurse potong tali pusat pas tu kasi keluar tembuni. Pada masa tu, saya dah tak peduli lagi apa dorang nak buat, yang saya tahu baby sudah keluar sudah buat saya sangat lega and happy.
Nurse ada suruh tengok muka baby sebelum dibawa untuk mandi, wah! comel sangat baby perempuan saya, and…yang saya paling ingat rambut dia lebat sangat hehe…berat dia 2.95kg. patutlah mamanya besar semacam je masa mengandung, kuat makan lagi heee……Begitulah kisahnya saya bersalin anak pertama, exciting moment and macam-macam perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Sesungguhnya melahirkan seorang bayi itu memberi keinsafan kepada diri kita betapa agungnya kuasa Tuhan dan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.
Bayi kami yang pertama ini, kami namakan dia ‘Anella’ yang bermaksud ‘Follower of the light or Angel’.

berapa angaran kos bersalin ya sis? kalau vip room
ReplyDeleteBerapa kos bersalin ? Kalau VIP room?
ReplyDelete