Lamanya saya tidak melawat blog saya ni sejak sibuk dengan macam-macam hal. Sibuk dengan bisnes kecil-kecilan dan juga kerja di office yang semakin banyak. Hurmm...nak dijadikan cerita, sejak saya mengamalkan pemikiran positif dan cara hidup yang lebih positif ni banyak jugalah benda-benda baik yang berlaku dalam hidup saya. Contohnya naik gaji...kesihatan makin bagus, fikiran makin lapang...
Tapi bila gaji naik, kerja pun makinlah bertimbun. Bukanlah nak merungut ke apa kan... memang begitu lah lumrah alam pekerjaan.. hehe..Nak buat macamana, mahu tidak mahu kena buat juga...sekarang ni harga barang-barang makin mahal, jadi tidak kiralah kerja makin menimbun ke apa, kalau ada tawaran yang bagus kita terima sajalah dengan hati yang terbuka kan...
okey, balik kepada tajuk saya hari ini...Demam Drama Korea. Entah kenapa saya makin gila dengan drama korea ni..dulu2 masa masih belum ada anak pun sebenarnya saya memang suka tengok drama korea tapi bila dah ada anak secara automatik stop sekejap tu 'kegilaan' saya. Tapi sekarang angau tu datang balik lah pula....aiyaaa...
Hari tu saya berhabis tengok drama 'The Heirs' lakonan Lee Min Ho...Memang saya minat habis dengan dia ni sampai interview dia semua saya cari dan baca. Baca sana sini pasal profile dia dan drama dia,gossip dia...semualah pasal dia. Habis drama The Heirs, berjangkit lagi sakit angau saya tu ke drama yang memang sangat hot sekarang ni iaitu 'My Love from another star' lakonan Kim Soo Hyun dan Jun Ji Hyun. Yang ni lagilah buat saya macam orang gila. Kuota internet saya yang 3GB tu habis dalam sekelip mata gara-gara tengok drama ni.
| My Love From Another Star Cast |
Habis 3GB top up lagi Rm 25 dan habis juga dalam masa dua hari...gila punya kerja kan...Saya jatuh cinta dengan Kim Soo Hyun hahaha!! Lawak betul...sudah tua2 pun masih lagi macam budak remaja yang tergila-gilakan artis lelaki..muhahaha! apa lah nak jadi dengan saya ni...
Kadang2 saya berfikir juga, apa yang best sangat drama korea ni berbanding drama melayu...then saya cuba perhatikan dengan lebih terperinci cara orang korea buat drama dibandingkan dengan drama melayu.
Sebenarnya memang banyak beza...drama korea kalau kita perhatikan, benda2 yang kecil pun dorang bagi perhatian macam muzik latar dia, masa part lucu, part sedih, part happy...muzik latar dorang berbeza-beza dan ini menambah mood dalam cerita tu. Sebenarnya benda2 begini kecil saja tapi bagi saya benda2 begini memberi impak yang besar dalam sesebuah drama.
Benda2 yang lain rasanya seperti cara suntingan drama itu dibuat...ada back & forward dalam penyampaian cerita...sebenarnya ramai yang suka tengok drama korea ni rasanya. Bukan semata-mata pasal pelakon dorang yang handsome ke atau lawa tapi dari sudut pembuatan drama dan storyline pun memang jauh berbeza dengan drama kita...
Sebenarnya banyak benda dan cerita yang berlegar-legar diotak saya sekarang ni yang saya nak tulis disini tapi masa sangat terhad ..Sekarang nak kejar deadline account report dan macam2 lagi nak dibuat. Jadi inilah dulu yang saya nak kongsi buat masa ni, kepada mereka yang sudi jadi follower di blog ni thanks banyak2 yer! Pada yang tidak suka dengan post2 saya disini, minta maaf banyak2. Memang blog ni saya wujudkan untuk tulis apa saja yang saya terfikir dan suka nak tulis. Tidak kiralah logik ke tidak....
Blog ni untuk saya meluahkan rasa, berkongsi perasaan...itulah tujuan blog ni diwujudkan.
Okey sebelum tu...Uolls yang suka drama, jangan lupa tengok ' My Love From Another Star'...Memang best sangat cerita ni....
Sama dengan i , they why i jumpa blog u ..sebab i suka lee min ho and kim soo hyun pulak.....tengok pulak cerita lakonan dia dalam the moon embraces the sun...best jugak...
ReplyDeleteSama dengan i , they why i jumpa blog u ..sebab i suka lee min ho and kim soo hyun pulak.....tengok pulak cerita lakonan dia dalam the moon embraces the sun...best jugak...
ReplyDelete